Monday 25 April 2011

MESYUARAT: Jawatankuasa Saudara muslim

Mesyuarat Jawatankuasa Saudara Muslim Jam'iyah akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 28 Aprili 2011 ( Khamis )
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Ahli Jawatankuasa Saudara Muslim Jam'iyah.

Semua Jawatankuasa muslim dijemput hadir.

Friday 8 April 2011

ZIARAH: Che Mai Bin N S Osman

Menziarahi encik Che Mai N S Osman, 68, yang berasal daripada Seri Kinta, Ipoh, di Hospital Kuala Lumpur. Beliau membawa diri kerana tersisih daripada anak-anak. Katanya kepada anaknya 'darah mengalir dalam tubuh  kamu sama seperti darah yang mengalir dalam tubuh ayah'. Beliau mengidap masalah hidung, hati, pinggang dan titik/susunya membengkak. Banyak bersabar Che Mai.

Thursday 7 April 2011

ZIARAH: Pesakit Psikiatri

Menziarahi encik Azali Mohamad dan isterinya Sakinah Harjit Kaur Abdullah di rumah mereka Blok 6, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Suami isteri tersebut sakit sejak belasan tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, penyakit mereka terkawal. Didoakan cepat sembuh.

Sunday 3 April 2011

Motivasi Pelajar Remaja


Surau An-Nur, Pudu, Kuala Lumpur dengan kerjasama JAWI, Jam’iyah dan PERKIM Lembah Pantai akan mengadakan motivasi pelajar seperti maklumat berikut:-

Pada: 22-24April 2011
Masa: 9.00 pagi. Semua peserta berkumpul di Surau An Nur, Pudu, Kuala Lumpur.
Tempat: Eko Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.