Sunday 21 August 2011

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Haji Azizi Abdullah


Allahyarham Haji Azizi Abdullah, 69, penggerak seni khususnya sastera telah kembali ke rahmatullah semalam jam 7.50 pagi akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Saya mengenali Allahyarham semasa terlibat dalam beberapa program yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kehilangan beliau merupakan kehilangan sebutir permata yang amat sukar dicari ganti. Kita berdoa agar ruh beliau ditempatkan bersama-sama dengan para anbia’, para siddiqin, para  mujahidin dan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.


 

 
Haji Azizi Abdullah telah meninggal dunia

Posted on Saturday, August 20 @ 19:21:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh WTKO


Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Novelis terkenal yang juga penulis blog Haji Aziz Hj Abdullah telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pualau Pinang.

Beliau telah menjani pembedahan jantung pada bulan April yang lalu dan mengalami sedikit masalah berkaitan buah pinggang dan berada di hospital sehingga kematian beliau.

Semoga Allah memberkati beliau atas jasa-jasa beliau dalam perjuangan Islam dan beliau adalah antara aktivis yang gigih berani dan cekal untuk menyatakan kebenaran terutama dalam penulisan beliau.

Blog beliau http://aziziabdullah.blogspot.com/ dikemaskini pada 15 April 2011 semasa beliau hendak menjalani pembedahan jantung.

 

Sunday, 21 August 2011


Haji Azizi Abdullah, 69, novelis terkenal dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung.

Beliau meninggal dunia pada hai ini jam 7.50 pagi tadi akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi.

Azizi, persara guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

Sebelum meninggal beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia. Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.

Saya suka melihat Allahyarham sebagai blogger pengkritik yang berani dan tegas. Tulisan-tulisan beliau cukup menarik dan menyusup hati pembaca. Teguran-teguran beliau kepada kepimpinan utama PAS sangat bermakna. Beliau berjaya menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mana ramai pembaca yang begitu taksud dan jumud. Bukan sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah Presiden PAS sendiri juga di tegur oleh beliau.

Sukar mencari blogger yang membuat teguran kepimpinan melalui "tulisan hati", yang ramai hanya membuat persepsi buruk dan teguran yang liar dan serong semata-mata memangkan kumpulan yang dianuti. Menghiris kesetian kepada jamaah dan melunturkan persahabatan dan ukhwah.

Saya juga rasa terkilan, kewibawaan beliau dan kotmimetnya terhadap parti akhirnya terlantar begitu lama di hospital kerajaan kerana beliau adalah persara kerajaan guru pendidikan Islam yang tak berapa kupang nilainya.

Kedah mempunyai hospital swasta yang baik di bawah kerajaan negeri. Tak ada yang mengambil inisiatif untuk memberikan pekhidmatan kepada seorang yang banyak mengorban masa kepada parti. Kita yang hidup ini selaluinya lalai, tapi jika kita pula berada dalam situasi itu barulah kita akan merasai bertanpa pentingnya mengambil cakna kepada kumpulan veteran!



Thursday 4 August 2011

Sumbangan Raya


Kepada mualaf yang telah melengkapkan borang Bantuan Ramadhan Jam'iyah 1432H, sila kembalikan borang tersebut kepada Setiausaha Jawatankuasa Saudara Muslim selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2011, bagi memudahkan pihak urusetia mengemaskini maklumat pemohon.  Kelewatan untuk menyerahkan borang tersebut dianggap tuan/puan tidak berminat mengenainya. Sekian harap maklum.


Monday 1 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan


Jawatankuasa Saudara Muslim Jam'iyah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1432H.  Semoga amalan puasa kita tahun ini lebih baik daripada amalan puasa semalam. Tingkatkan amalan, kuatkan azam untuk kejayaan diri.
Selamat Berpuasa dan Salat Tarawih.