Tuesday 26 July 2011

ZIARAH Mujahid Foo Abdullah


Menziarahi Mujahid Foo Abdullah yang beralamat di 144-P, Jalan Jubilee Off Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Kaki kanan pada paras lutut yang dipotong kini telah beransur pulih. Beliau memerlukan kaki palsu untuk memudahkan beliau bergerak. Semoga cepat sempuh.

Thursday 21 July 2011

Pengerusi Saudara Muslim Masuk Wad


Pengerusi Saudara Muslim, Encik Abdullah Bin Usman, telah dimasukkan di wad As-Salam Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kerana menjalanai pembedahan selaput mata.  Jawatankuasa ini mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan menjalankan tugasan seperti sedia kala.

Monday 18 July 2011

Belasungkawa Kepada Keluarga YB Dr. Lo’ Lo’


Jawatankuasa Saudara Muslim Jam’iyah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan mereka yang mengenali Allahyarhamah, YB Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali, 54,   yang kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang, Selangor Darul Ehsan, pukul 10.15 malam tadi, akibat penyakit barah paru-paru.

Allahyarham merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan AJK Dewan Muslimat Pas Pusat.

Allahyarham YB Dr. Lo’ Lo’ meninggalkan suami, Prof. Madya Dr. Aminuddin Abd. Hamid Karim dan empat anak.

Sememangnya pemergian beliau amat dirasai oleh Ahli-Ahli Jam’iyah amnya dan seluruh Jawatankuasa Saudara Muslim Jam’iyah, khususnya.

Allahyarhamah sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa telah berperanan yang sangat efektif bersama masyarakat di kawasan ini dan perjuangannya sukar dicari ganti.

Jasa Allahyarhamah sangat besar dan sifat beliau sebagai seorang ibu yang sering memberi teguran nasihat kepada remaja dan mualaf akan sentiasa diingati.

Kita berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang solehah. Al-Fatihah.

Aturcara Di Pulau Ketam


Program Khdmat Masyarakat Komuniti Pulau Ketam, Selangor Darul Ehsan, berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dijadualkan. Berikut adalah perjalanan program secara ringkas:-

            Aturcara Program di Pulau Ketam

( 17/07/2011- Ahad )

7.30 pagi    -         Rombongan daripada Kuala Lumpur berkumpul di PERKIM
                           Kebangsaan, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur

8.00 pagi    -        Menaiki bas milik ‘Majlis Agama Islam Selangor’ untuk bertolak
                           ke Jeti  Pulau Ketam, Klang, Selangor Darul Ehsan
9.00 pagi    -        Menaiki Feri menuju Pulau Ketam.

9.30 pagi    -        Rombongan kami yang lewat sampai kerana menaiki kenderaan
                sendiri menaiki kapal Jabatan Laut Semenanjung Malaysia Wilayah
     Tengah. Suasanya selesa, besar dan berhawa dingin
           

       Aktiviti Komuniti

-         Ketibaan tetamu jemputan
-         Ramah mesra bersama penduduk
-         Ucapan aluan pengerusi PERKIM Gerak
-         Persembahan 1
-         Ceramah oleh Ustaz Sulaiman Ding (PERKIM)
-         Peraduan mewarna kanak-kanak
-         Persembahan 2
-         Sesi bersama 20 imam muda Negara China
-         Persembahan 3
-         Penceritaan pengalaman saudara muslim

Ucapan dan Penyampaian Sumbangan

-         Ucapan Perasmian YB Dr. Halimah Bin Ali
          Adun Selat Kelang
-         Ucapan Ketua Kampung Pulau Ketam
-         Ucapan wakil PERKIM Kebangsaan
-         Ucapan wakil JAIS/MAIS
-         Penyampaian saguhati murid cemerlang
-         Penyampaian bantuan kewangan
-         Penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan mewarna
-         Fun games
-         Jamuan makan tengah hari
-         Bersurai

4.00 ptg     -         Rombongan kami bertolak balik menaiki kapal Jabatan Laut 
                           Malaysia lebih awal kerana program telah selesai, manakala
                           rombongan yang lain bertolak balik selepas salat Asar kerana
                           telah membuat temujanji dengan feri yang disewa khas.

5.30 ptg     -        Tiba di rumah.


Komuniti Pulau Ketam dalam Ingatan.

Semoga berjumpa lagi.

Saturday 16 July 2011

Belasungkawa Helmi Fadhlin Bin Abdullah Lai


Saudara mualaf, saudara Muhammad Helmi Fadhlin  bin Abdullah Lai, 36, telah kembali kerahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur, pada pukul 12.30 tengah malam semalam.

Semasa hayatnya, beliau seorang yang pendiam, kurang bergaul dan aktif mengikuti kelas-kelas pengajian saudara baru sama ada di JAWI, Jam’iyah atau PERKIM dan sedang mengikuti pengajian di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur dalam jurusan  Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Allahyarham masih bujang.

Ucapan takziah atas pemergian beliau dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tuesday 12 July 2011

MESYUARAT Jawatankuasa Agung Jamiyah 3/2011


Mesyuarat Jawatankuasa Agung  Jam'iyah akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 24 Julai 2011 ( Ahad )
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Jawatankuasa Agung Jam'iyah.

Sunday 10 July 2011

Khidmat Masyarakat Di Pulau Ketam, Klang


PERKIM kebangsaan akan menganjurkan Program Khidmat Masyarakat kepada komuniti di Pulau Ketam, Klang, Selangor Darul Ehsan, dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Selangor,  MACMA, HUNAFA dan beberapa NGO lain, seperti jadual berikut:-


Pada: 17 Julai 2011

Tempat: Dewan Komuniti Pulau Ketam, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Anjuran: PERKIM, MAIWP, JAWI, JAIS PERKIM Gerak, MACMA, Sekretariat NGO's Dakwah Non Muslim, Menangani Kristanisasi dan Isu Murtad, dan beberapa NGO lain.

Monday 4 July 2011

Masalah Petir, Kilat Dan Ribut


Kejadian petir, kilat dan ribut adalah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik.

Petir bunyi guruh yang kuat dan biasanya disertai oleh kilat. Petir tunggal amat kuat dan berbunyi dengan tiba-tiba berbanding dengan petir yang berselerak.

Manakala kilat pula cahaya yang memancar di langit dan biasanya sebelum guruh berbunyi. Sangat cepat atau pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja.

Ribut adalah angin kencang yang merangkumi ribut petir, siklon dan tornado.

Ribut pasir angin kencang di padang pasir yang menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan. Petir ribut yang disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat. Ribut salji angin kencang yang sangat sejuk dan disertai salji.

Fenomena petir dan kilat di negara kita adalah yang ketiga tertinggi di dunia selepas Rwanda dan Demokratik Republik Congo.  

Aktiviti petir, kilat dan ribut dapat diukur setahun di seluruh dunia bergantung kepada pengkajian yang teliti.
  
Sila rujuk dan layari pautan tersebut:-





MELANCONG Ke Bukit Kayu Hitam/Hat Yai


Baru-baru  ini  saya berpeluang melancong  ke  Bukit  Kayu Hitam, Changloon,
Kedah  Darul Aman dengan lapan orang saudara muslim untuk melihat  aktiviti 
kaum di  sana. Apabila sampai di sana hajat untuk melawat negara jiran kerana kami sedang berada  dipintu masuk sempadan negara jiran. Kami pun memasuki negara tersebut.

Ini adalah kali kedua saya memijakkan kaki di kawasan Siam sejak Jambori
Sempadan Malaysia-Thailand yang diadakan pada  akhir Disember, 2009, di  Songkhla, Thailand. Ketika itu  saya menyertai Kontinjen Persekutuan Pengakap  Malaysia, sebagai Pesuruhjaya Pengakap, di Ibu Pejabat Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B.P., Jalan Hang  Jebat, 50150 Kuala Lumpur, di bawah pimpinan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara,  Y. Bhg. Kol. Prof. Dato’ Dr. Haji kamarudin bin Haji Kachar

Kini berkesempatan lagi merentasi sempadan Malaysia menuju Thailand melalui Bukit Kayu Hitam-Sadao, sebagai pelancong.

Masa yang dimanfaatkan untuk program melancong itu selama tiga malam dua hari.


Malam Pertama

1302 am           Menaiki bas JLC 7511, milik Konsortium Bas ekspres, menuju
                         Bukit kayu  Hitam, Kedah

0715 am           Sampai di CTC Recreation Sdn. Bhd., Changloon, Kedah

0803 am           Bertolak ke pusat pemeriksaan Imigresen bukit Kayu Hitam,
                         Kedah.

0833 am           Pemeriksaan di pintu masuk Imigresen Sadao, Dannok,
                         Thailand.

1012 am           Melepasi pemeriksaan Imigresen Sadao, Danok dan terus ke
                         Had Yai, Thailand


  Aktiviti di Hat Yai

                        Membeli belah
                        Melihat peragaan wanita dengan harga yang boleh dirunding
                        Salun kecantikan
                        Urut kaki dan badan
                        Menaiki tuttut
                        Melihat pemandangan
                        Memahami keindahan alam
                        Pasar malam
  Pertunjukan ‘Tiger show’ - kami tidak menyaksikan pertunjukan
  tersebut.
                        Bisikan dan ajakan penduduk Bandar untuk ‘enjoy’
                        Makan di restoran muslim
                        Beli buah-buahan di pasar
                        Pengalaman hari terakhir dan pengundian pilihanraya Thailand
                        (Aktiviti meminum arak diharamkan ketika ini)  


Malam Ketiga

2014 pm          Menaiki bas bernombor AEY 8298, Sri Maju Sarata Ekspres
  Di bandar Hat Yai

2123 pm          Sampai di pintu pemeriksaan Imigresen Sador, Danok

2247 pm          Melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam Bukit Kayu Hitam,
                        Changloon, Kedah.

2329 pm          Mengisi minyak dan berehat di Kampung Baru, Changloon,
                        Kedah.

2341 pm          Bersedia bertolak meninggalkan negeri Kedah.

0252 am           Berhenti di hentian sebelah arah Selatan Simpang Pulai.

0311 am           Bertolak

0504 am           Tiba di Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur

0531 am           Tiba di Menara Maybank/Hentian Pudu Raya.

0600 am           Sampai di rumah

Rombongan  saudara  muslim  berhasrat  untuk  ke  luar  negara  pada  tahun  
hadapan dengan mengajak rombongan daripada rakan taulan yang berminat 
untuk turut serta selepas Raya Aidilfitri 1432H. Insya  Allah.

Friday 1 July 2011

Jawatankuasa Agung Jam’iyah Sesi 2009/2011


Mesyuarat Agung Tahunan Ke-55, Persekutuan Seruan Islam ( Jam;iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan, yang diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, telah memilih dan melantik Jawatankuasa Agung Jam’iyah Untuk Sesi 2009/2011 seperti berikut:



ZAKARIAH BIN ISA,  YBhg. S.S  Tuan Haji Ustaz
Yang Dipertua
Merangkap Pengerusi Pengurusan Dan Pentadbiran


ABD AZIZ BIN MOHD ZIN, YBhg. Prof. Dr
Timbalan Yang Dipertua
Merangkap Pengerusi Panduan Rujukan Dan Penyelidikan


HISHAMUDDIN BIN TAN SRI S.O.K UBAIDULLA, YBhg. Tuan Haji
Naib Yang Dipertua 1
Merangkap Pengerusi Pembangunan Dan Aset


MOHAMED ALI BIN GULAM NABI, YBhg. Tuan Haji
Naib Yang Dipertua 2


SHUIB BIN DAHABAN, YBhg. Tuan Haji
Setiausaha Agung


ZAINAB BIN AHMAD, YBhg. Puan Hajjah
Penolong Setiausaha Agung 2


SHAARI BIN AHMAD JUNID, YBhg. Tuan Haji
Bendahari


ISEMAAIL BIN BASRI, YBhg. Tuan Haji
Penolong Bendahari


ABDULLAH BIN USMAN, YBhg. Tuan Ustaz
Pengerusi Saudara Muslim


AZHAR BIN OSMAN, YBhg. Tuan
Pengerusi Kewangan


R. S. SOFYAN, YBhg. Drs Tuan Haji Ustaz
Pengerusi Dakwah Umum


AHMAD ASMADI BIN ADNAN, YBhg. Tuan
Pengerusi Pembangunan Sekolah Pulau Indah


AZHAR BIN YAHYA, YBhg. Tuan Haji Ustaz
Pengerusi Pendidikan


HAFSAH BINTI HAJI ABDUL RAHMAN, YBhg. Dra. Puan Hajjah
Pengerusi Wanita


AHMAD MUHAMMAD BIN ABDUL GHAFFAR, YBhg. Tuan Haji Ustaz
Pengerusi Kebajikan


FAIZAL AMAR BIN MISKAM YAHYA, YBhg. Tuan Haji Ustaz
Timbalan Pengerusi Kebajikan


MOHD YUSOF BIN KHAIR DIN. YBhg. Tuan Haji


ZULFAN NASUTION BIN MAHAD, YBhg. Tuan Haji Ustaz


SYAFIE BIN ABDULLAH, YBhg. Tuan Haji


MOHAMMAD BIN AB. RAHMAN, YBhg. Tuan Haji Ustaz



MELETAK JAWATAN: Jawatankuasa Agung Jam’iyah Sesi 2009/2011 :


MOHAMMAD HASNOL BIN ABU BAKAR, YBhg. Tuan Ustaz
Penolong Setiausaha Agung 1
Merangkap Pengerusi Perhubungan Keahlian, Sukarelawan Dan Seranta


AMRAN BIN MAT ARIFFEN, YBhg. Tuan Ustaz
Pengerusi Belia Dan Kebudayaan


ABU BAKAR BIN HAJI ABDUL HAMID, YBhg. YDH  Dato’ Seri Indah Diraja Tuan Haji


MILATUSAMSI BIN HAJI HASSAN, YBhg. Tuan Haji


SUJAIDI BIN DASUKI, YBhg. Tuan Haji


ROHANI BIN HAJI SALLEH, YBhg. Puan Hajjah


KHATIJAH BINTI HASSAN, YBhg. Puan Hajjah



Jam'iyah: Laporan Mesyuarat Agung Tahunan ke-55.


SEMINAR Mukjizat Al-Quran


PERKIM Kebangsaan dengan sukacitanya menjemput kaum muslimin dan muslimat menghadiri Seminar Mukjizat Al-Quran seperti jadual berikut:-

Pada: 2 Jun 2011 ( Sabtu )
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar, Bangunan PERKIM,  Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Semua kaum muslimin dan muslimat dijemput hadir.


Pesanan ringkas dihantar oleh ibu pejabat Jam'iyah Kuala Lumpur