Friday, 25 March 2011

MESYUARAT: Jawatankuasa Agung Jam'iyah 2/2011



Mesyuarat Jawatankuasa Agung Jam'iyah akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 27 Mac 2011 ( Ahad )
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Jawatankuasa Agong Jam'iyah.


Monday, 21 March 2011

ZIARAH: Saudara Baru

Menziarahi pasangan suami isteri, Md Ramlee Lee Abdullah, 62, dan Fatimah Lim Abdullah, 59, di Jalan Ulu Pudu, Kuala Lumpur. Suami isteri selalu merunggut berkaitan tempat tinggal dan bantuan kewangan. Sabarlah ya.

Thursday, 17 March 2011

TAZKIRAH: Bintang-Bintang Bergemerlapan


Para sahabat yang mendampingi Rasulullah s.a.w. kebanyakannya faqih.
Mereka menjadi faqih kerana firman Allah s.w.t., sabda Rasulullah s.a.w. dan apa yang difahami daripada kedua-duanya.
Begitu juga perbuatan-perbuatan Rasulullah s.a.w. dan apa yang difahami darinya.
Firman Allah s.w.t. ialah al-Quran yang diturunkan di dalam bahasa mereka dan atas sebab-sebab yang mereka sendiri mengetahuinya dan cerita-cerita yang mereka sendiri menjadi wataknya.
Oleh yang demikian mereka memahami al-Quran itu sama ada yang tersurat atau yang tersirat di dalamnya.
Kata Abu Ubaidah dalam kitab ‘Majaz’:

“Tidak pernah disebut bahawa mana-mana sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. bagi memahami sesuatu dari  al-Quran.”

Manakala sabda Rasulullah s.a.w. juga dalam bahasa mereka yang mereka benar-benar memahaminya, sama ada yang tersurat atau yang tersirat darinya.
Begitu juga segala yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sama ada berupa ibadat, muamalat, jihad, politik, semuanya disaksikan oleh mereka dengan berulang kali.
Berdasarkan perkara tersebut, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sahabatku seperti bintang-bintang, dengan siapa saja kamu berpandukannya, kamu mendapat petunjuk.”

Apatah lagi, sesiapa saja meneliti perkara yang diriwayatkan oleh para sahabat dari Rasulullah s.a.w., sama ada berupa perkataan, perbuatan baginda dalam masalah ibadat dan sebagainya, terpaksa mengenali keunggulan dan kelebihan mereka di bidang fekah.

Walau bagaimanapun, yang terkenal di kalangan sahabat di bidang hukum dan fatwa hanya sebilangan yang tertentu sahaja.

Antaranya ialah:

Wednesday, 9 March 2011

ZIARAH: Haji Mohd Faizal Bin Miskam

Haji  Faizal Amar Bin Miskam Yahya, Ahli Jawatankuasa Agong Jam'iyah telah dimasukkan ke Hospital Kuala lumpur, semalam berikutan beliau mengadu sakit dadah. Didoakan semoga cepat sembuh.
Ahli-ahli berkelapangan dipelawa melawat beliau di HKL.