Thursday, 17 March 2011

TAZKIRAH: Bintang-Bintang Bergemerlapan


Para sahabat yang mendampingi Rasulullah s.a.w. kebanyakannya faqih.
Mereka menjadi faqih kerana firman Allah s.w.t., sabda Rasulullah s.a.w. dan apa yang difahami daripada kedua-duanya.
Begitu juga perbuatan-perbuatan Rasulullah s.a.w. dan apa yang difahami darinya.
Firman Allah s.w.t. ialah al-Quran yang diturunkan di dalam bahasa mereka dan atas sebab-sebab yang mereka sendiri mengetahuinya dan cerita-cerita yang mereka sendiri menjadi wataknya.
Oleh yang demikian mereka memahami al-Quran itu sama ada yang tersurat atau yang tersirat di dalamnya.
Kata Abu Ubaidah dalam kitab ‘Majaz’:

“Tidak pernah disebut bahawa mana-mana sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. bagi memahami sesuatu dari  al-Quran.”

Manakala sabda Rasulullah s.a.w. juga dalam bahasa mereka yang mereka benar-benar memahaminya, sama ada yang tersurat atau yang tersirat darinya.
Begitu juga segala yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sama ada berupa ibadat, muamalat, jihad, politik, semuanya disaksikan oleh mereka dengan berulang kali.
Berdasarkan perkara tersebut, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sahabatku seperti bintang-bintang, dengan siapa saja kamu berpandukannya, kamu mendapat petunjuk.”

Apatah lagi, sesiapa saja meneliti perkara yang diriwayatkan oleh para sahabat dari Rasulullah s.a.w., sama ada berupa perkataan, perbuatan baginda dalam masalah ibadat dan sebagainya, terpaksa mengenali keunggulan dan kelebihan mereka di bidang fekah.

Walau bagaimanapun, yang terkenal di kalangan sahabat di bidang hukum dan fatwa hanya sebilangan yang tertentu sahaja.

Antaranya ialah:

No comments:

Post a Comment