Sunday 29 May 2011

Perjumpaan Ahli Bersama PERKIM Lembah Pantai, Ibu Tunggal Dan Oku


Perjumpaan Jawatankuasa Saudara Muslim bersama ibu-ibu tunggal dan golongan OKU telah diadakan pada 28 Mei 2011 (Sabtu) di Bilik Kuliah, Balai Islam PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala lumpur. Penganjur utama PERKIM Lembah Pantai. Jawatankuasa ini hanya memberi kerjasama sahaja. Kehadiran seramai 86 orang termasuk kanak-kanak.


Antara cadangan yang dikemukakan:-

1) Mohon supaya ahli diberi peluang berkursus.

2) Dibimbing dalam menambah pendapatan seperti peluang=peluang berniaga.

3) Bersama-sama membina dan mengusahakan serta merebut peluang perniagaan.

4) Membimbing dalam pengetahuan fardu ain.

5) Menyenaraikan nama mereka dalam aktiviti, pemberian sumbangan dan sokongan material dan mental

6) Selalu menyenaraikan mereka dalam program-program anjuran PERKIM Cawangan Lembah Pantai, kuala lumpur.

No comments:

Post a Comment