Tuesday, 13 September 2011

Laporan Akiviti 2010/2011

JAWATANKUASA SAUDARA MUSLIM JAM’IYAH
LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM
SEPTEMBER 2010-SEPTEMBER 2011
-----------------------------------------------------------------------


Ahli Jawatankuasa Saudara Muslim Jam'iyah 2009/2011


Abdullah Bin Usman
Pengerusi

Zaitun Binti Junoh
Timbalan Pengerusi

Azrulizam Ahmad Rozlan
Setiausaha


Ahli Jawatankuasa:

Hafizuddin Kanaga Abdullah
Iskandar Neoh Bin Abdullah
Kamarunizam Bin Shahimi
Md Shahrol Yoga Abdullah
Md Najib Chan Bin Abdullah
Mohd Firdaus Bin Abdullah
Mohd Jogi Bin Maruli
Mohd Najib Bin Ali
Mohd Saiful Hafiz Abdullah
Md Arfat Rocky Bin Marcel
Muhammad Brunson Army
Muhammad Denial Abdullah
Muhammad Farhan Tee
Norazlin Abdullah Mendoza
Nur Athirah Else Binti Jian
Rafie Saljuan Bin Abdullah
Shamlee Bin Erel
Siti Fatimah Ladda Abdullah
Zakaria Bin Abdullah


1. Memberi sumbangan Ramadan di Jami’yah Kuala Lumpur. Pemberian Jamiyah kepada mualaf dan ahli-ahli PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
           
Pada             :         4 September 2010
Masa            :         9.00 pagi
Tempat:       :         Pejabat Jam’iyah
                              Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh
                              Kuala Lumpur.
 Penyertaan :         Saudara baru 50 orang.


2.   Membantu Surau Balai Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, menguruskan pemberian sumbangan Ramadan kepada golongan mualaf dan fakir miskin.
          
Pada             :          5 September 2010
Masa            :          5.00 petang
Tempat:       :          Surau Balai Islam Jalan Tun Razak
                                Kuala Lumpur.
Penyertaan  :           Saudara baru 65 orang.


3.  Membantu PERKIM Cawangan Lembah Pantai Kuala Lumpur, memberi sumbangan Ramadan 14321H kepada penduduk Lembah Pantai khususnya  melibatkan wakil penduduk blok PPR A, B, C dan D, ahli-ahli UMNO, KEADILAN,  PAS dan ahli-ahli PERKIM. Mengadakan jamuan Ramadan  1431 di Surau Hijriah, blok C,  PPR,  yang disumbangkan oleh Timbalan Pengerusi PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur,  Encik Ahmad Bin Nasrudeen.
          
Pada             :         8 September 2010
Masa            :         Selepas salat Maghrib
Tempat:       :         Surau Hijriah,
                              Blok C, PPR Pantaio Dalam
                              Kuala Lumpur.
Penyertaan  :         300 orang


4.  Golongan asnaf yang datang berjumpa terus dengan pengerusi untuk memohon sumbangan Ramadan Aidil Fitri dan masalah kewangan serta nasihat..

5.  Merai ahli Jam’iyah dan PERKIM Lembah Pantai menunaikan haji di Mekah dan  pasangan penggantin  baru ahli perkim. Turut  hadir meraikan Y. Bhg. Datuk Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai PERKIM Bahagian. Program diserikan dengan tazkirah.

Pada             :         5 November 2010
Masa            :          9.00 pagi
Tempat        :          Bilik Kuliah,
                               Tingkat 1, Balai Islam PERKIM
                               Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
 Penyertaan :          100 orang


6.  Bekerjasama dengan PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, untuk menjayakan  lawatan ke Zoo Negara, Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan, bersama pelajar-pelejar Jam’iyah dan  PERKIM, ahli-ahli dan keluarga bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan  kekeluargaan.  Di  samping itu melihat kebesaran Allah s.w.t. dan mengenali lebih dekat peranan Zoo Negara dalam mengendalikan binatang-binatang pelbagai spesis sama ada yang berada di negara kita atau di datangkan daripada luar Negara
         
Pada             :         5 Disember 2010
Masa            :         9.30 pagi
Tempat        :          Zoo Negara,
                               Ulu Klang
                               Selangor Darul Ehsan
Penyertaan  :          55 orang


7.  Bekerjasama dengan PERKIM Lembah Panatai, dalam menjayakan program Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan berdialog bersama golongan asnaf khususnya mualaf dan keluarga mereka. Tujuan dialog tersebut untuk merapatkan mualaf dengan kepimpinan Jami’yah, PERKIM  Bahagian dan  cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
         
Pada              :          26 Disember 2010
Masa             :          10.00 pagi
Tempat         :           Surau PERKIM
                                 Ibu Pejabat, Jalan Ipoh
                                 Kuala Lumpur.
Penyertaan   :           100 orang


8.  Menghantar wakil menghadiri majlis korban bersama mualaf dan Orang Asli di Hulu Tamu, Ulu Selangor Darul Ehsan.
         
Pada             :        18 November 2010
Masa            :        10.00 pagi
Tempat        :         Surau PERKIM
                              Ibu Pejabat, Jalan Ipoh
                              Kuala Lumpur.
Penyertaan  :         7 orang


9.  Menghantar peserta ke program bengkel/kursus/motivasi pelajar anjuran cawangan/agensi luar. Antaranya anjuran PERKIM.


10.  Program ziarah ke rumah ahli dan mualaf untuk mengenali lebih dekat ahli dan golongan asnaf. Bertukar-tukar pandangan, idea untuk meningkatkan usaha-usaha dakwah PERKIM.


11.  Menghadiri program, bengkel, motivasi, diskusi, korban, wacana,  jamuan raya dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PERKIM cawangan dan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.


12.  Memberi khidmat nasihat berkaitan masalah keluargaan, emosi/naluri,  pencarian pekerjaan, memberi pandangan dan jalan penyelesaian.


13.  Menghulurkan bantuan kepada individu bermasalah dan golongan asnaf kerana mengadu ketiadaan barangan dapur dan keperluan  keluarga.

14.   Program ziarah ahli dan saudara baru di hospital.


15.   Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain tiga ( 3 ) kali seminggu di Jamiyah      

 Hari      :         Isnin hingga Khamis
       Masa    :         6.00 hingga 8,00 malam
       Cuti      :          Ramadan dan Syawal 1432

     
16.   Membantu kerja kepada Surau Balai Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, ketika
       penyampaian sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 1432H:-
     
       Pada             :        25 Ogos 2011
       Masa            :        6.00 petang
       Tempat        :         Surau Balai Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
       Penyertaan  :         200 orang


17.    Perjumpaan Jawatankuasa Saudara Muslim bersama ibu-ibu tunggal dan golongan
      OKU telah diadakan pada 28 Mei 2011 (Sabtu) di Bilik Kuliah, Balai Islam            
      PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala lumpur. Penganjur utama PERKIM Lembah Pantai.
      Jawatankuasa ini hanya memberi kerjasama sahaja. Kehadiran seramai 86 orang
      termasuk kanak-kanak.

      Antara cadangan yang dikemukakan:-
    
       i)  Mohon supaya ahli diberi peluang berkursus.
      ii)  Dibimbing dalam menambah pendapatan seperti peluang=peluang berniaga.
      iii) Bersama-sama membina dan mengusahakan serta merebut peluang perniagaan.
      iv) Membimbing dalam pengetahuan fardu ain.
      v)  Menyenaraikan nama mereka dalam aktiviti, pemberian sumbangan dan sokongan  
           material dan mental
      vi) Selalu menyenaraikan mereka dalam program-program anjuran Jam’iyah
            PERKIM Cawangan Lembah Pantai, kuala lumpur.

18.    Lawatan ke Singapura anjuran Ikatan Badan Amal Islam, Wilayah Persekutuan,
      diadakan pada: 31 Januari - 2 Februari 2011. 


20. Menyertai Program Khdmat Masyarakat Komuniti Pulau Ketam, Selangor Darul
      Ehsan, yang dianjurkan oleh PERKIM pada 17 Julai 201 sempena gotong royong di       
      sekitar ibu pejabat Jam’iyah Kuala Lumpur.


21.  Membina halaman blog untuk penulisan dan melaporkan aktiviti/program Jawatankuasa Saudara Muslim mulai Januari 2011. Maklumat lanjut boleh dilayari melalui pautan berikut:


No comments:

Post a Comment