Menziarahi Mujahid Foo Abdullah yang beralamat di 144-P, Jalan Jubilee Off Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Kaki kanan pada paras lutut yang dipotong kini telah beransur pulih. Beliau memerlukan kaki palsu untuk memudahkan beliau bergerak. Semoga cepat sempuh.
Jam'iyah bertindak sebagai perantara kepada saudara muslim dalam mengembleng tenaga dan fikiran untuk kejayaan masa hadapan
Tuesday, 26 July 2011
Thursday, 21 July 2011
Pengerusi Saudara Muslim Masuk Wad
Pengerusi Saudara Muslim, Encik Abdullah Bin Usman, telah dimasukkan di wad As-Salam Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kerana menjalanai pembedahan selaput mata. Jawatankuasa ini mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan menjalankan tugasan seperti sedia kala.
Monday, 18 July 2011
Belasungkawa Kepada Keluarga YB Dr. Lo’ Lo’
Jawatankuasa Saudara Muslim Jam’iyah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan mereka yang mengenali Allahyarhamah, YB Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali, 54, yang kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang, Selangor Darul Ehsan, pukul 10.15 malam tadi, akibat penyakit barah paru-paru.
Allahyarham merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan AJK Dewan Muslimat Pas Pusat.
Allahyarham YB Dr. Lo’ Lo’ meninggalkan suami, Prof. Madya Dr. Aminuddin Abd. Hamid Karim dan empat anak.
Sememangnya pemergian beliau amat dirasai oleh Ahli-Ahli Jam’iyah amnya dan seluruh Jawatankuasa Saudara Muslim Jam’iyah, khususnya.
Allahyarhamah sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa telah berperanan yang sangat efektif bersama masyarakat di kawasan ini dan perjuangannya sukar dicari ganti.
Jasa Allahyarhamah sangat besar dan sifat beliau sebagai seorang ibu yang sering memberi teguran nasihat kepada remaja dan mualaf akan sentiasa diingati.
Kita berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang solehah. Al-Fatihah.
Aturcara Di Pulau Ketam
Program Khdmat Masyarakat Komuniti Pulau Ketam, Selangor Darul Ehsan, berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dijadualkan. Berikut adalah perjalanan program secara ringkas:-
Aturcara Program di Pulau Ketam
( 17/07/2011- Ahad )
7.30 pagi - Rombongan daripada Kuala Lumpur berkumpul di PERKIM
Kebangsaan, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur
8.00 pagi - Menaiki bas milik ‘Majlis Agama Islam Selangor’ untuk bertolak
ke Jeti Pulau Ketam, Klang, Selangor Darul Ehsan
9.00 pagi - Menaiki Feri menuju Pulau Ketam.
9.30 pagi - Rombongan kami yang lewat sampai kerana menaiki kenderaan
sendiri menaiki kapal Jabatan Laut Semenanjung Malaysia Wilayah
Tengah. Suasanya selesa, besar dan berhawa dingin
Aktiviti Komuniti
- Ketibaan tetamu jemputan
- Ramah mesra bersama penduduk
- Ucapan aluan pengerusi PERKIM Gerak
- Persembahan 1
- Ceramah oleh Ustaz Sulaiman Ding (PERKIM)
- Peraduan mewarna kanak-kanak
- Persembahan 2
- Sesi bersama 20 imam muda Negara China
- Persembahan 3
- Penceritaan pengalaman saudara muslim
Ucapan dan Penyampaian Sumbangan
- Ucapan Perasmian YB Dr. Halimah Bin Ali
Adun Selat Kelang
- Ucapan Ketua Kampung Pulau Ketam
- Ucapan wakil PERKIM Kebangsaan
- Ucapan wakil JAIS/MAIS
- Penyampaian saguhati murid cemerlang
- Penyampaian bantuan kewangan
- Penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan mewarna
- Fun games
- Jamuan makan tengah hari
- Bersurai
4.00 ptg - Rombongan kami bertolak balik menaiki kapal Jabatan Laut
Malaysia lebih awal kerana program telah selesai, manakala
rombongan yang lain bertolak balik selepas salat Asar kerana
telah membuat temujanji dengan feri yang disewa khas.
5.30 ptg - Tiba di rumah.
Komuniti Pulau Ketam dalam Ingatan.
Semoga berjumpa lagi.
Saturday, 16 July 2011
Belasungkawa Helmi Fadhlin Bin Abdullah Lai
Saudara mualaf, saudara Muhammad Helmi Fadhlin bin Abdullah Lai, 36, telah kembali kerahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia , Cheras, Kuala Lumpur , pada pukul 12.30 tengah malam semalam.
Semasa hayatnya, beliau seorang yang pendiam, kurang bergaul dan aktif mengikuti kelas-kelas pengajian saudara baru sama ada di JAWI, Jam’iyah atau PERKIM dan sedang mengikuti pengajian di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Allahyarham masih bujang.
Ucapan takziah atas pemergian beliau dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Tuesday, 12 July 2011
MESYUARAT Jawatankuasa Agung Jamiyah 3/2011
Mesyuarat Jawatankuasa Agung Jam'iyah akan diadakan seperti jadual berikut:-
Pada: 24 Julai 2011 ( Ahad )
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Jawatankuasa Agung Jam'iyah.
Sunday, 10 July 2011
Khidmat Masyarakat Di Pulau Ketam, Klang
PERKIM kebangsaan akan menganjurkan Program Khidmat Masyarakat kepada komuniti di Pulau Ketam, Klang, Selangor Darul Ehsan, dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Selangor, MACMA, HUNAFA dan beberapa NGO lain, seperti jadual berikut:-
Pada: 17 Julai 2011
Tempat: Dewan Komuniti Pulau Ketam, Klang, Selangor Darul Ehsan.
Anjuran: PERKIM, MAIWP, JAWI, JAIS PERKIM Gerak, MACMA, Sekretariat NGO's Dakwah Non Muslim, Menangani Kristanisasi dan Isu Murtad, dan beberapa NGO lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)