Sunday, 21 August 2011

Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Haji Azizi Abdullah


Allahyarham Haji Azizi Abdullah, 69, penggerak seni khususnya sastera telah kembali ke rahmatullah semalam jam 7.50 pagi akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Saya mengenali Allahyarham semasa terlibat dalam beberapa program yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kehilangan beliau merupakan kehilangan sebutir permata yang amat sukar dicari ganti. Kita berdoa agar ruh beliau ditempatkan bersama-sama dengan para anbia’, para siddiqin, para  mujahidin dan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.


 

 
Haji Azizi Abdullah telah meninggal dunia

Posted on Saturday, August 20 @ 19:21:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh WTKO


Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Novelis terkenal yang juga penulis blog Haji Aziz Hj Abdullah telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pualau Pinang.

Beliau telah menjani pembedahan jantung pada bulan April yang lalu dan mengalami sedikit masalah berkaitan buah pinggang dan berada di hospital sehingga kematian beliau.

Semoga Allah memberkati beliau atas jasa-jasa beliau dalam perjuangan Islam dan beliau adalah antara aktivis yang gigih berani dan cekal untuk menyatakan kebenaran terutama dalam penulisan beliau.

Blog beliau http://aziziabdullah.blogspot.com/ dikemaskini pada 15 April 2011 semasa beliau hendak menjalani pembedahan jantung.

 

Sunday, 21 August 2011


Haji Azizi Abdullah, 69, novelis terkenal dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung.

Beliau meninggal dunia pada hai ini jam 7.50 pagi tadi akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi.

Azizi, persara guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

Sebelum meninggal beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia. Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.

Saya suka melihat Allahyarham sebagai blogger pengkritik yang berani dan tegas. Tulisan-tulisan beliau cukup menarik dan menyusup hati pembaca. Teguran-teguran beliau kepada kepimpinan utama PAS sangat bermakna. Beliau berjaya menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mana ramai pembaca yang begitu taksud dan jumud. Bukan sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah Presiden PAS sendiri juga di tegur oleh beliau.

Sukar mencari blogger yang membuat teguran kepimpinan melalui "tulisan hati", yang ramai hanya membuat persepsi buruk dan teguran yang liar dan serong semata-mata memangkan kumpulan yang dianuti. Menghiris kesetian kepada jamaah dan melunturkan persahabatan dan ukhwah.

Saya juga rasa terkilan, kewibawaan beliau dan kotmimetnya terhadap parti akhirnya terlantar begitu lama di hospital kerajaan kerana beliau adalah persara kerajaan guru pendidikan Islam yang tak berapa kupang nilainya.

Kedah mempunyai hospital swasta yang baik di bawah kerajaan negeri. Tak ada yang mengambil inisiatif untuk memberikan pekhidmatan kepada seorang yang banyak mengorban masa kepada parti. Kita yang hidup ini selaluinya lalai, tapi jika kita pula berada dalam situasi itu barulah kita akan merasai bertanpa pentingnya mengambil cakna kepada kumpulan veteran!



Thursday, 4 August 2011

Sumbangan Raya


Kepada mualaf yang telah melengkapkan borang Bantuan Ramadhan Jam'iyah 1432H, sila kembalikan borang tersebut kepada Setiausaha Jawatankuasa Saudara Muslim selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2011, bagi memudahkan pihak urusetia mengemaskini maklumat pemohon.  Kelewatan untuk menyerahkan borang tersebut dianggap tuan/puan tidak berminat mengenainya. Sekian harap maklum.


Monday, 1 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan


Jawatankuasa Saudara Muslim Jam'iyah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1432H.  Semoga amalan puasa kita tahun ini lebih baik daripada amalan puasa semalam. Tingkatkan amalan, kuatkan azam untuk kejayaan diri.
Selamat Berpuasa dan Salat Tarawih.

Tuesday, 26 July 2011

ZIARAH Mujahid Foo Abdullah


Menziarahi Mujahid Foo Abdullah yang beralamat di 144-P, Jalan Jubilee Off Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Kaki kanan pada paras lutut yang dipotong kini telah beransur pulih. Beliau memerlukan kaki palsu untuk memudahkan beliau bergerak. Semoga cepat sempuh.

Thursday, 21 July 2011

Pengerusi Saudara Muslim Masuk Wad


Pengerusi Saudara Muslim, Encik Abdullah Bin Usman, telah dimasukkan di wad As-Salam Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kerana menjalanai pembedahan selaput mata.  Jawatankuasa ini mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan menjalankan tugasan seperti sedia kala.

Monday, 18 July 2011

Belasungkawa Kepada Keluarga YB Dr. Lo’ Lo’


Jawatankuasa Saudara Muslim Jam’iyah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan mereka yang mengenali Allahyarhamah, YB Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali, 54,   yang kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang, Selangor Darul Ehsan, pukul 10.15 malam tadi, akibat penyakit barah paru-paru.

Allahyarham merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan AJK Dewan Muslimat Pas Pusat.

Allahyarham YB Dr. Lo’ Lo’ meninggalkan suami, Prof. Madya Dr. Aminuddin Abd. Hamid Karim dan empat anak.

Sememangnya pemergian beliau amat dirasai oleh Ahli-Ahli Jam’iyah amnya dan seluruh Jawatankuasa Saudara Muslim Jam’iyah, khususnya.

Allahyarhamah sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa telah berperanan yang sangat efektif bersama masyarakat di kawasan ini dan perjuangannya sukar dicari ganti.

Jasa Allahyarhamah sangat besar dan sifat beliau sebagai seorang ibu yang sering memberi teguran nasihat kepada remaja dan mualaf akan sentiasa diingati.

Kita berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang solehah. Al-Fatihah.

Aturcara Di Pulau Ketam


Program Khdmat Masyarakat Komuniti Pulau Ketam, Selangor Darul Ehsan, berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dijadualkan. Berikut adalah perjalanan program secara ringkas:-

            Aturcara Program di Pulau Ketam

( 17/07/2011- Ahad )

7.30 pagi    -         Rombongan daripada Kuala Lumpur berkumpul di PERKIM
                           Kebangsaan, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur

8.00 pagi    -        Menaiki bas milik ‘Majlis Agama Islam Selangor’ untuk bertolak
                           ke Jeti  Pulau Ketam, Klang, Selangor Darul Ehsan
9.00 pagi    -        Menaiki Feri menuju Pulau Ketam.

9.30 pagi    -        Rombongan kami yang lewat sampai kerana menaiki kenderaan
                sendiri menaiki kapal Jabatan Laut Semenanjung Malaysia Wilayah
     Tengah. Suasanya selesa, besar dan berhawa dingin
           

       Aktiviti Komuniti

-         Ketibaan tetamu jemputan
-         Ramah mesra bersama penduduk
-         Ucapan aluan pengerusi PERKIM Gerak
-         Persembahan 1
-         Ceramah oleh Ustaz Sulaiman Ding (PERKIM)
-         Peraduan mewarna kanak-kanak
-         Persembahan 2
-         Sesi bersama 20 imam muda Negara China
-         Persembahan 3
-         Penceritaan pengalaman saudara muslim

Ucapan dan Penyampaian Sumbangan

-         Ucapan Perasmian YB Dr. Halimah Bin Ali
          Adun Selat Kelang
-         Ucapan Ketua Kampung Pulau Ketam
-         Ucapan wakil PERKIM Kebangsaan
-         Ucapan wakil JAIS/MAIS
-         Penyampaian saguhati murid cemerlang
-         Penyampaian bantuan kewangan
-         Penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan mewarna
-         Fun games
-         Jamuan makan tengah hari
-         Bersurai

4.00 ptg     -         Rombongan kami bertolak balik menaiki kapal Jabatan Laut 
                           Malaysia lebih awal kerana program telah selesai, manakala
                           rombongan yang lain bertolak balik selepas salat Asar kerana
                           telah membuat temujanji dengan feri yang disewa khas.

5.30 ptg     -        Tiba di rumah.


Komuniti Pulau Ketam dalam Ingatan.

Semoga berjumpa lagi.