Thursday, 23 June 2011

TAZKIRAH: Khalifah Dan Perempuan Tua Buta


Ibnu Al-Qayyim dan lainnya menceritakan, pada setiap pagi khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. keluar dan mendatangi perkampungan yang terletak di pinggir kota Madinah untuk menyaksikan secara langsung keadaan rakyatnya. Dia mendatangi seseorang dengan keadaan hidupnya amat memprihatinkan. Dia menyapu rumah, memasak makanan dan menyediakan minuman susu. Setelah itu, barulah dia kembali ke kota untuk menjalankan tugasnya seperti biasa.

Ekoran peristiwa tersebut, Umar bin al-Khattab r.a. senentiasa mencari khalifah, memandangkan dia selalu menghilang diri setiap pagi hari.

Pada suatu hari, Umar al-Khattab r.a. memasuki rumah seseorang dengan memberi salam lantas bertanya: “Siapakah kamu?”
 
Ia menjawab: “Aku seorang perempuan buta lagi bernasib malang. Suamiku meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Aku hidup seorang diri kerana tidak ada keluarga yang membiayai kehidupanku melainkan seorang lelaki yang baharu sahaja keluar dari rumahku ini,”

Umar r.a. bertanya lagi: “Adakah kamu mengetahui siapa lelaki itu?”

Ia menjawa: “ Demi Allah, aku tidak mengenalinya sama sekali.”

Umar bertanya: “Lalu apakah yang dia lakukan di sini?”

Ia menjawab: “Dia menyapu rumahku, menyediakan minuman susu dan menghidangkan makanan untukku.”

Sebaik sahaja Umar r.a. mendengar keteranagan perempuan tersebut, dia duduk sambil menangis kerana terharu melihat amalan seorang khalifah yang luar biasa itu.

Wednesday, 22 June 2011

PERJUMPAAN Rejab


 
Perjumpaan bersama saudara baru sempena bulan Rejab 1432 akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada 25 Jun 2011
Jam: 11.30 pagi
Tempat:  Palace Of The Golden Horses Hotel, Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.  
Jemputan: Seramai 6 orang

Maklumat diterima melalui panggilan telefon daripada:
Encik Iskandar Neoh Abdullah.

Monday, 20 June 2011

FORUM Isra' Mikraj


Program Isra' Mikraj akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 25 Jun 2011 ( Sabtu )
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Masjid al-Muhsinin, Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam, selangor Darul Ehsan
Penyertaan: Jawatankuasa Agung dan Ahli Jamiyah serta orang ramai.

Semua ahli dijemput hadir

Dihantar melalui pesanan ringkas oleh.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita Jamiyah

Sunday, 19 June 2011

Sitam Binti Abdullah Hadir Di Pejabat


Balu kepada Allahyarham Mustafa bin Yong, Sitam binti Abdullah, datang ke pejabat menunjukkan surat mati arwah.

Saya mengucapkan takziah dan banyak bersabar. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Jalan Karak, Batu Muda, Kuala Lumpur.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong dari kalangan hamba-hambaNya yang diterima doanya. Al-Fatihah.

Saturday, 18 June 2011

Kematian Sebagai Nasihat


Al-Hafiz al-Hakami dalam sebuah syairnya, menyataka:

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.

Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.

Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi api neraka.

Jika ia baik,
maka setelahnya itu;
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.

Jika ia jahat,
maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan yang jauh lebih dahsyat.

Demi Allah,
sekirnya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

Friday, 17 June 2011

Kurnia Dato


Majlis makan malam di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, dan kurnia Dato dengan Sultan Sulu Sabah, Kingdom Northern Borneo, pada malam ini, jam 8.00 malam, Hotel Vistana, No. 9, Jalan Lumut Off Jalan Ipoh, Chow Kit, 50400 Kuala Lumpur.

Tahniah.

Mustafa Yong Kembali Ke Rahmatullah

Allahyarham Mustafa bin Yong, 68, kembali ke rahmatullah di HKL, Aras 4,  katil 10, sekitar jam 4.45 petang tadi, dan meninggalkan seorang isteri, Sitam binti Abdullah, 59.

Allahyarham telah mengidap penyakit ahmar, ketumbuhan dileher dan sakit-sakit badan sejak beberapa tahun yang lalu.

Semasa hayatnya beliau amat mesra dengan penulis.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong dari kalangan hamba-hambaNya yang diterima doanya. Al-Fatihah.


وَالَّذِينَ جَاؤُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا
غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ


Artinya : ”Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan Saudara-saudara kami yang Telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." ( Surah Al Hasyr : ayat 10 )

Wednesday, 15 June 2011

Persahabatan


Tersebut sebuah kisah tentang persahabatan.
Persahabatan keakraban mereka dalam keriangan dan berlapang dada.
Maklumlah kawan tersebut mempunyai dua orang isteri.
Kedua-duanya mempunyai sifat kepahlawanan.
Saya amat bersimpati kepadan kawan tersebut.
Pada suatu hari saya berbincang dengan beliau tentang kehidupan harian.
Beliau mengeluh.
Saya bertanya kenapanya mengapa mengeluh panjang sedangkan kami sedang rancak berbincang.
Katanya, "Bang, saya sebenarnya serbah salah dengan adik saya yang berhutang tetapi liat membayar balik hutang yang dipinjam.
Kadang-kadang dia langsung tak nak bayar hutang, buat-buat lupa.
Pening kepala dibuatnya," ujarnya.
Pengalaman hidup menjadi guru kepada kita.
Begitulah keluahan kawan saya itu.

Ibnu Al-Mubarak bersyair:

Jika ingin bersahabat;
carilah sahabat yang berbudi bahasa.

Pandai menjaga diri;
pemalu dan menghargai orang lain
dalam segala tindakanya;
dia sentiasa berterus terang.

Dia mengatakan:
Tidak,
jika tidak suka.

Dia mengatakan:
Ya,
jika dia menyukainya.

Tuesday, 14 June 2011

ZIARAH: Mujahid Foo Bin Abdullah


Menziarahi encik Mujahid Foo Abdullah di HUKM, wad 4F, katil 22 kerana menjalani pembedahan pemotongan kaki paras lutut akibat penyakit diabetis.

Isteri beliau, Halimah Yu Li,  yang datang daripada Cameroon Highland, Pahang Darul Makmur, hadir menziarahi beliau.

Banyak bersabar ya, walaupun nikmat sebelah kaki kanan telah hilang.

Monday, 13 June 2011

ZIARAH: Hamid Bin Taib

Menziarahi encik Hamid Taib, 78, berasal daripada  Alor Setar, Kedah.

Tinggal di Blok A, Kelumpuk Embun Emas, Jalan 15/56, Ampang Ulu Kelang, 50200 Kuala Lumpur.

Beliau kini uzur dan memerlukan simpati serta sokongan moral/material. 

Beliau hidup sebatang kara. Semoga cepat sihat.

Sunday, 12 June 2011

ZIARAH: Nora Puntang

Menziarahi puan Nora Puntang di kediamannya Blok B, Apartment Melor, Bandar Baru Sentul, Sentul, Kuala Lumpur.

Beliau baru melahirkan anak kembar lelaki. Tahniah.

Majlis Zikir

Menghadiri majlis zikir bersama sidna Syeikh Abdul Nasir Al Hassani di Jalan Tengkuan Ampuan, Damansara, Kuala Lumpur.

Pada : 11 Jun 2011
Peserta: Hampir 100 orang
Mulai : Salat Maghrib sehingga pukul 1.30 pagi
Jamuan : Disediakan oleh tuan rumah.

Friday, 10 June 2011

YDP Jam'iyah Bersama Saudara Nuslim

Jam'iyah akan mengadakan perjumpaan, YDP Jam'iyah bersama saudara muslim Selangor/Wilayah Persekutuan.

ZIARAH: Mustafa Bin Yong


Menziarahi encik Mustafa Yong dan isterinya di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, akibat penyakit ahmar dan kurang bertenaga untuk berjalan yang ditanggungnya sejak beberapa tahun yang lalu.

Sejak akhir-akhir ini penyakit beliau bertambah serius kerana ketumbuhan di leher, semput pernafasan, kurang selera makan dan yang jelasnya badan beliau telah menyusut begitu ketara.

Didoakan semoga cepat sembuh dan kuatkan ibadat.

Saturday, 4 June 2011

Perkahwinan: Iskandar Neoh dan Ramlah Ariffin

Encik Iskandar Neoh Bin Abdullah dan pasangannya, Ramlah Aishah Binti Ariffin, telah selamat melangsungkan pernikahan pada hari ini jam 11.30 pagi di rumah pengantin perempuan di perumahan awam,  berhampiran Kem Changkat, Batu Gajah, Perak Darul Ridwan.

Selamat pengantin baru semoga dikurniakan zuriat dan aman sejahtera sehingga ke anak cucu.


اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جُبِلَتْهَا عَلَيْهِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جُبِلَتْهَا
عَلَيْهِ

Maksudnya:
"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikannya, dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya, dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan yang ada padanya". ( Hadith Riwayat. Imam Abu Daud )

Friday, 3 June 2011

Ustaz Ghazali Hasbullah Kembali Kerahmatullah


Pendakwah gigih, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sakit tua. Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa, Selangor Darul Ehsan.
Ucapan takziah atas pemergian beliau dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.