Thursday, 23 June 2011

TAZKIRAH: Khalifah Dan Perempuan Tua Buta


Ibnu Al-Qayyim dan lainnya menceritakan, pada setiap pagi khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. keluar dan mendatangi perkampungan yang terletak di pinggir kota Madinah untuk menyaksikan secara langsung keadaan rakyatnya. Dia mendatangi seseorang dengan keadaan hidupnya amat memprihatinkan. Dia menyapu rumah, memasak makanan dan menyediakan minuman susu. Setelah itu, barulah dia kembali ke kota untuk menjalankan tugasnya seperti biasa.

Ekoran peristiwa tersebut, Umar bin al-Khattab r.a. senentiasa mencari khalifah, memandangkan dia selalu menghilang diri setiap pagi hari.

Pada suatu hari, Umar al-Khattab r.a. memasuki rumah seseorang dengan memberi salam lantas bertanya: “Siapakah kamu?”
 
Ia menjawab: “Aku seorang perempuan buta lagi bernasib malang. Suamiku meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Aku hidup seorang diri kerana tidak ada keluarga yang membiayai kehidupanku melainkan seorang lelaki yang baharu sahaja keluar dari rumahku ini,”

Umar r.a. bertanya lagi: “Adakah kamu mengetahui siapa lelaki itu?”

Ia menjawa: “ Demi Allah, aku tidak mengenalinya sama sekali.”

Umar bertanya: “Lalu apakah yang dia lakukan di sini?”

Ia menjawab: “Dia menyapu rumahku, menyediakan minuman susu dan menghidangkan makanan untukku.”

Sebaik sahaja Umar r.a. mendengar keteranagan perempuan tersebut, dia duduk sambil menangis kerana terharu melihat amalan seorang khalifah yang luar biasa itu.

No comments:

Post a Comment