Monday 3 January 2011

AKTIVITI/PROGRAM


LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM:
September 2010-Disember 2010

1. Memberi sumbangan program Ramadhan di Jami’yah Kuala Lumpur. Pemberian Jamiyah kepada mualaf RM 20.00 x 50 orang dan PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur memberi tambahan RM 10.00 lagi untuk 50 orang.

Pada : 4 September 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat: : Pejabat Jami’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Penyertaan : Saudara baru 50 orang.

2. Membantu Surau Balai Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, menguruskan pemberian sumbangan bantuan Ramadhan untuk 50 orang golongan mualaf. Sumbangan sebanyak RM 50.00 seorang. PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur menyumbang tambahan kepada 15 orang lagi.

Pada : 5 September 2010
Masa : 5.00 petang
Tempat: : Surau Balai Islam Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Penyertaan : Saudara baru 65 orang.

3. Membantu PERKIM Cawangan Lembah Pantai Kuala Lumpur, untuk memberi Sumbangan Ramadan 1431H kepada penduduk Lembah Pantai khususnya melibatkan wakil penduduk blok PPR A, B, C dan D, ahli-ahli UMNO, KEADILAN, PAS dan ahli-ahli PERKIM. Mengadakan jamuan Ramadan 1431 di Surau Hijriah, blok C, PPR, yang disumbangkan oleh Timbalan Pengerusi PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Encik Ahmad Bin Nasrudeen untuk anggaran 500 orang

Pada : 8 September 2010
Masa : Selepas salat Maghrib
Tempat: : Surau Hijriah, Blok C, PPR Pantaio Dalam, Kuala Lumpur.
Penyertaan : 300 orang

4. Golongan asnaf yang datang berjumpa terus dengan pengerusi untuk memohon sumbangan Ramadhan Aidil Adha dan masalah kewangan serta nasihat.

5. Membantu merai ahli PERKIM cawangan Lembah Pantai, Kuala lumpur, menunaikan Haji di Mekah dan pasangan pengantin baru ahli perkim. Turut hadir Y. Bhg. Datuk Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai PERKIM Bahagian. Program diserikan dengan tazkirah.

Pada : 5 November 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Kuliah, Tingkat 1, Balai Islam PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Penyertaan : 100 orang

6. Bekerjasama dengan PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, untuk menjayakan lawatan ke Zoo Negara, Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan, bersama pelajar-pelejar PERKIM dan Jam’iyah, ahli-ahli dan keluarga PERKIM bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan. Di samping itu mengenali lebih dekat peranan Zoo Negara dalam mengendalikan binatang-binatang pelbagai spesis sama ada yang berada di negara kita atau di datangkan daripada luar Negara

Pada : 5 Disember 2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Zoo Negara, Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan
Penyertaan : 55 orang

7. Memberi kerjasama program dialog antara Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan dengan golongan asnaf khususnya mualaf dan keluarga mereka. Tujuan dialog tersebut untuk merapatkan mualaf dengan kepimpinan PERKIM Bahagian dan cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, khususnya bersama Pengerusi Bahagian PERKIM Wilayah Persekutuan.

Pada : 26 Disember 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Surau PERKIM, Ibu Pejabat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Penyertaan : 100 orang

8. Menghantar wakil menghadiri majlis korban bersama mualaf dan Orang Asli, pada: 18 November 2010
di Hulu Tamu, Ulu Selangor Darul Ehsan.

9. Menghantar peserta ke program bengkel/kursus/motivasi pelajar anjuran cawangan/agensi luar. Antaranya anjuran PERKIM Cawangan Desa Setapak, PERKKIM Cawangan Bandaraya, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Dewan Banadaraya Kuala Lumpur dan PERKIM ibu pejabat.

10. Program ziarah ke rumah ahli dan mualaf untuk mengenali lebih dekat ahli dan golongan asnaf. Bertukar-tukar pandangan, idea untuk meningkatkan usaha-usaha dakwah PERKIM.

11. Menghadiri program, bengkel, motivasi, diskusi, korban, wacana, jamuan raya dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PERKIM cawangan dan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.

12. Memberi khidmat nasihat kepada ahli dan mualaf berkaitan masalah keluargaan, emosi/naluri, pencarian pekerjaan, memberi pandangan dan jalan penyelesaian.

13. Menghulurkan bantuan sekadar melepaskan sesak kepada ahli dan golongan asnaf kerana mengadu ketiadaan barangan dapur dan keperluan keluarga.

14. Menerima jemputan untuk menghadiri kuliah fekah di Janda Baik, Pahang Darul Makmur, yang dianjurkan oleh pihak resort. Penyertaan seramai 7 orang

15. Program ziarah ahli dan saudara baru di hospital.

16. Kelas Pengajian Iqra, Al-Quran dan Fardu Ain di Jamiyah
Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 6.00 hingga 8,00 malam

Catata: Uwaimir.


No comments:

Post a Comment