Monday, 31 January 2011

Perbezaan Pendapat


Ulama Salaf  Dan Ahli Sunnah Waljamaah

Manusia mempunyai kehendak dan ikhtiar dalam setiap perbuatanya. Berhasilnya kehendak dan ikhtiarnya itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t. Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. pasti akan terjadi dan apa yang tidak dikehendakNya pasti tidak akan terjadi.

Kita hanya berikhtiar dan berusaha. Berhasil tidaknya usaha itu terserahlah kepada Allah s.w.t.



Ulama Qadariah

Manusia mempunyai kehendak dan ikhtiar yang bebas. Tidak tergantung kepada kehendak dan kekuasan Allah. Kalau ia berbuat baik atau jahat adalah sepenuhnya atas kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t.

Asalkan manusia berusaha pasti akan berhasil/berjaya.



Ulama Jabariah

Manusia sama sekali tidak menpunyai kehendak, bebas dari ikhtiar. Ia melakukanya kerana terpaksa oleh takdir dan ia tidak dapat berkehendak dan berikhtiar yang lan.

Manusia dengan segala kerjanya sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t, dengan tidak boleh berubah.

No comments:

Post a Comment