Thursday, 6 January 2011

TAZKIRAH: Nasihat Tentang Kematian


Hassan Al-Basri memberi nasihat kepada murid-muridnya bahawa kematian dapat membongkar hakikat  sebenar dunia, sehingga tidak seorangpun yang berasa senang semasa berhadapan dengannya.

Rabi’ bin Khairsam ketika sakit keras, ramai orang berkata kepadanya supaya menerima doktor untuk merawatnya tetapi beliau menjawab dia telah memikirkannya  namun ternyata doktor dan orang yang sakit pasti mengalami kematian.

Semua doktor tidak mampu mengubati sekaligus menyembuhkan kematian.

Ramai orang yang menziarahi orang sakit, malangnya orang yang menziarahi mati dan demikian pula orang sakit juga mati.

Kaum “Aad dan kaum Tsamud adalah bangsa yang pandai dalam membuat rawatan, namun kenyataannya doktor dan orang yang sakit tetap mati.

Nabi Isa bin Maryam a.s. seorang manusia pilihan diberi mukjizat menyembuh orang sakit dan menghidupkan orang mati tetapi sampai masanya kematian berlaku juga kepadanya.

No comments:

Post a Comment