Monday 31 January 2011

Golongan Yang Dijanjikan Neraka


  1. Ashabul fill; Gerombolan Tentera Gajah
  2. Qabil; pembunuhan pertama di dunia
  3. Al-Walid bin Mughirah Al-Makhzar
  4. Ashabul Aikah; Nasi Syuaib a.s.
  5. Kaum Tsamud; Nabi Saleh a.s.
  6. Ashabul Ukhdud; Parit berapi
  7. Abdullah  bin Ubay bin salul
  8. Kaum Ad; Nabi Hud a.s.
  9. Kan’an; anak Nabi Nuh.
  10. Kaum Lut; Nabi Lut a.s.
  11. Musailamah Al-Kazzab
  12. Qarun; Nabi Musa a.s.
  13. Umayyah bin Khalaf
  14. Abu Amir Al-Fasiq
  15. Labid bin A’Sham
  16. Isteri Nabi Nuh a.s.
  17. Isteri Nabi Lut a.s.
  18. Abhalah bin Kaab
  19. Ash bin Wail
  20. Abu Lahab
  21. Abu Thalib
  22. Firaun
  23. Iblis

Sumbangan oleh:
Uwaimir Ahad


Perbezaan Pendapat


Ulama Salaf  Dan Ahli Sunnah Waljamaah

Manusia mempunyai kehendak dan ikhtiar dalam setiap perbuatanya. Berhasilnya kehendak dan ikhtiarnya itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t. Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. pasti akan terjadi dan apa yang tidak dikehendakNya pasti tidak akan terjadi.

Kita hanya berikhtiar dan berusaha. Berhasil tidaknya usaha itu terserahlah kepada Allah s.w.t.



Ulama Qadariah

Manusia mempunyai kehendak dan ikhtiar yang bebas. Tidak tergantung kepada kehendak dan kekuasan Allah. Kalau ia berbuat baik atau jahat adalah sepenuhnya atas kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t.

Asalkan manusia berusaha pasti akan berhasil/berjaya.



Ulama Jabariah

Manusia sama sekali tidak menpunyai kehendak, bebas dari ikhtiar. Ia melakukanya kerana terpaksa oleh takdir dan ia tidak dapat berkehendak dan berikhtiar yang lan.

Manusia dengan segala kerjanya sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t, dengan tidak boleh berubah.

Saturday 22 January 2011

MESYUARAT: Jawatankuasa Agung Jam'iyah 1/2011



Mesyuarat Jawatankuasa Agung  Jam'iyah akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 23 Januari 2011 ( Ahad )
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Jawatankuasa Agong Jam'iyah.

Tidak hadir mesyuarat kerana edaran makluman lewat.


Friday 21 January 2011

Lawatan Ke Singapura

Lawatan ke Singapura anjuran Ikatan Badan Amal Islam, Wilayah Persekutuan, akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 31 Januari 2011 ( Isnin )
Masa: 7.30 pagi
Tempat:  JAWI, Kuala Lumpur
Penyertaan: Ahli gabungan Ikatan Badan Amal Islam dan ACCIN.

Direkodkan oleh: Uwaimir.

Sunday 16 January 2011

Dakwah Nabi-Nabi

  1. Menyampaikan risalah amanat Allah s.w.t.
  2. Memberi nasihat
  3. Mengajak menyembah Allah s.w.t.
  4. Bertaubat dari segala dosa
  5. Bukan untuk mempengaruhi habuan dunia
  6. Takutlah akan azab Allah s.w.t.
  7. Bimbing dari kesesatan ke jalan yang benar
  8. Jangan sedih terhadap orang-orang kafir
  9. Yakin dengan janji Allah s.w.t.
  10. Berada dalam landasan yang benar

     Disumbang oleh:
     Amrah al Balqis


Saturday 15 January 2011

Tomahan Kepada Nabi

          
  1. Tipu muslihat
  2. Dakwaan awak lucu
  3. Pakatan-pakatan sulit
  4. Tuduhan-tuduhan palsu
  5. Cacian dan maki hamun
  6. Ajarannya bid’ah dan sesat
  7. Membangkitkan kebencian
  8. Engkau adalah pembohong
  9. Engkau sudah terkena sihir
  10. Upah orang lain buat fitnah
  11. Mereka minta bukti kenabian
  12. Merancang untuk membunuh
  13. Jangan masuk campur urusan
  14. Menghalang dan mencederakan
  15. Mohon diperapatkan janji seksa
  16. Sebenarnya Engkaulah yang bodoh
  17. Engkau bukan suku/golongan kami
  18. Kaumnya menperolok-olokkannya
  19. Engkau dijadikan gila kerana tuhan kami murka
 
   Disumbang oleh:
   Amrah Al Balqis

Thursday 6 January 2011

TAZKIRAH: Nasihat Tentang Kematian


Hassan Al-Basri memberi nasihat kepada murid-muridnya bahawa kematian dapat membongkar hakikat  sebenar dunia, sehingga tidak seorangpun yang berasa senang semasa berhadapan dengannya.

Rabi’ bin Khairsam ketika sakit keras, ramai orang berkata kepadanya supaya menerima doktor untuk merawatnya tetapi beliau menjawab dia telah memikirkannya  namun ternyata doktor dan orang yang sakit pasti mengalami kematian.

Semua doktor tidak mampu mengubati sekaligus menyembuhkan kematian.

Ramai orang yang menziarahi orang sakit, malangnya orang yang menziarahi mati dan demikian pula orang sakit juga mati.

Kaum “Aad dan kaum Tsamud adalah bangsa yang pandai dalam membuat rawatan, namun kenyataannya doktor dan orang yang sakit tetap mati.

Nabi Isa bin Maryam a.s. seorang manusia pilihan diberi mukjizat menyembuh orang sakit dan menghidupkan orang mati tetapi sampai masanya kematian berlaku juga kepadanya.

Monday 3 January 2011

AKTIVITI/PROGRAM


LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM:
September 2010-Disember 2010

1. Memberi sumbangan program Ramadhan di Jami’yah Kuala Lumpur. Pemberian Jamiyah kepada mualaf RM 20.00 x 50 orang dan PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur memberi tambahan RM 10.00 lagi untuk 50 orang.

Pada : 4 September 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat: : Pejabat Jami’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Penyertaan : Saudara baru 50 orang.

2. Membantu Surau Balai Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, menguruskan pemberian sumbangan bantuan Ramadhan untuk 50 orang golongan mualaf. Sumbangan sebanyak RM 50.00 seorang. PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur menyumbang tambahan kepada 15 orang lagi.

Pada : 5 September 2010
Masa : 5.00 petang
Tempat: : Surau Balai Islam Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Penyertaan : Saudara baru 65 orang.

3. Membantu PERKIM Cawangan Lembah Pantai Kuala Lumpur, untuk memberi Sumbangan Ramadan 1431H kepada penduduk Lembah Pantai khususnya melibatkan wakil penduduk blok PPR A, B, C dan D, ahli-ahli UMNO, KEADILAN, PAS dan ahli-ahli PERKIM. Mengadakan jamuan Ramadan 1431 di Surau Hijriah, blok C, PPR, yang disumbangkan oleh Timbalan Pengerusi PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Encik Ahmad Bin Nasrudeen untuk anggaran 500 orang

Pada : 8 September 2010
Masa : Selepas salat Maghrib
Tempat: : Surau Hijriah, Blok C, PPR Pantaio Dalam, Kuala Lumpur.
Penyertaan : 300 orang

4. Golongan asnaf yang datang berjumpa terus dengan pengerusi untuk memohon sumbangan Ramadhan Aidil Adha dan masalah kewangan serta nasihat.

5. Membantu merai ahli PERKIM cawangan Lembah Pantai, Kuala lumpur, menunaikan Haji di Mekah dan pasangan pengantin baru ahli perkim. Turut hadir Y. Bhg. Datuk Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai PERKIM Bahagian. Program diserikan dengan tazkirah.

Pada : 5 November 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Kuliah, Tingkat 1, Balai Islam PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Penyertaan : 100 orang

6. Bekerjasama dengan PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, untuk menjayakan lawatan ke Zoo Negara, Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan, bersama pelajar-pelejar PERKIM dan Jam’iyah, ahli-ahli dan keluarga PERKIM bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan. Di samping itu mengenali lebih dekat peranan Zoo Negara dalam mengendalikan binatang-binatang pelbagai spesis sama ada yang berada di negara kita atau di datangkan daripada luar Negara

Pada : 5 Disember 2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Zoo Negara, Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan
Penyertaan : 55 orang

7. Memberi kerjasama program dialog antara Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan dengan golongan asnaf khususnya mualaf dan keluarga mereka. Tujuan dialog tersebut untuk merapatkan mualaf dengan kepimpinan PERKIM Bahagian dan cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, khususnya bersama Pengerusi Bahagian PERKIM Wilayah Persekutuan.

Pada : 26 Disember 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Surau PERKIM, Ibu Pejabat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Penyertaan : 100 orang

8. Menghantar wakil menghadiri majlis korban bersama mualaf dan Orang Asli, pada: 18 November 2010
di Hulu Tamu, Ulu Selangor Darul Ehsan.

9. Menghantar peserta ke program bengkel/kursus/motivasi pelajar anjuran cawangan/agensi luar. Antaranya anjuran PERKIM Cawangan Desa Setapak, PERKKIM Cawangan Bandaraya, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Dewan Banadaraya Kuala Lumpur dan PERKIM ibu pejabat.

10. Program ziarah ke rumah ahli dan mualaf untuk mengenali lebih dekat ahli dan golongan asnaf. Bertukar-tukar pandangan, idea untuk meningkatkan usaha-usaha dakwah PERKIM.

11. Menghadiri program, bengkel, motivasi, diskusi, korban, wacana, jamuan raya dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PERKIM cawangan dan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.

12. Memberi khidmat nasihat kepada ahli dan mualaf berkaitan masalah keluargaan, emosi/naluri, pencarian pekerjaan, memberi pandangan dan jalan penyelesaian.

13. Menghulurkan bantuan sekadar melepaskan sesak kepada ahli dan golongan asnaf kerana mengadu ketiadaan barangan dapur dan keperluan keluarga.

14. Menerima jemputan untuk menghadiri kuliah fekah di Janda Baik, Pahang Darul Makmur, yang dianjurkan oleh pihak resort. Penyertaan seramai 7 orang

15. Program ziarah ahli dan saudara baru di hospital.

16. Kelas Pengajian Iqra, Al-Quran dan Fardu Ain di Jamiyah
Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 6.00 hingga 8,00 malam

Catata: Uwaimir.


BELASUNGKAWA Mantan YDP Jam'iyah



Mantan YDP Jam'iyah, ustaz Suhaimi Bin Alang Mat Piah, telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Ampang Jaya, Ampang, Selangor Darul Ehsan, pada 30 Disember 2010 dan dikebumikan selepas salat Asar pada tarikh tersebut. 

Jami'yah mengucapkan tahziah kepada keluarga Allahyaram.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah.


Sunday 2 January 2011

KELAS Pengajian Fardu Ain



Jawatankuasa Saudara Muslim menyediakan kelas Fardu Ain seperti jadual berikut:-

Pada: Hari Isnin hingga Khmais
Masa: 6.00 petang - 8.00 malam
Tempat: Aras bawah, Ibu pejabat Jam'iyah, Kuala Lumpur
Topik Pengajian: Iqra, Al-Quran, Tauhid, Fekah, Akhlak dan hal ehwal semasa

Saudara muslim dialu-alukan menghadiri kelas tersebut.


Abdullah Bin Usman
Pengerusi,
Jawatankuasa Saudara Muslim Jam'iyah


Saturday 1 January 2011

AKTIVITI/PROGRAM



Jawatankuasa ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
Saya akan mendapatkan kerjasama daripada Ashif "Iyash


Untuk makluman awal


JAWATANKUASA Saudara Muslim



Ahli Jawatankuasa Saudara Muslim Jam'iyah Sesi 2009/2011


 

Abdullah Bin Usman, YBhg. Tuan
Pengerusi

Zaitun Binti Junoh, YBhg. Puan 
Timbalan Pengerusi

Azrulizam Bin Ahmad Rozlan, YBhg. Tuan 
Setiausaha


Ahli Jawatankuasa:

Firdaus Bin Abdullah, YBhg. Tuan 
Hafizuddin Kanaga Bin Abdullah,  YBhg. Tuan 
Iskandar Neoh Bin Abdullah,  YBhg. Tuan 
Kamarunizam Bin Shahimi, YBhg. Tuan 
Md Shahrol Yoga Bin Abdullah,  YBhg. Tuan 
Mohammad Najib Chan Bin Abdullah, YBhg. Tuan 
Mohd Firdaus Bin Abdullah, YBhg. Tuan 
Mohd Jogi Bin Maruli, YBhg. Tuan 
Mohd Najib Bin Ali, YBhg. Tuan 
Mohd Saiful Hafiz Vijia Bin Abdullah,  YBhg. Tuan 
Muhammad Arfat Rocky Bin Marcel, YBhg. Tuan 
Muhammad Brunson Bin Army, YBhg. Tuan 
Muhammad Denial Bin Abdullah, YBhg. Tuan 
Muhammad Farhan Tee Bin Abdullah, YBhg. Tuan 
Norazlin Binti Abdullah Mendoza, YBhg. Puan 
Nur Athirah Else Binti Jian, YBhg. Puan 
Rafie Saljuan Bin Abdullah,  YBhg. Tuan 
Shamlee Bin Erel, YBhg. Tuan 
Siti Fatimah Ladda Binti Abdullah, YBhg. Puan 
Zakaria Bin Abdullah, YBhg. Tuan 

Lantikan oleh: Jam'iyah.