Thursday 17 February 2011

TAZKIRAH: Jihad Dan Senario Di Dunia Islam


Agama Islam mensyariatkan jihad.
Perkataan jihad ialah perkataam Arab yang digunakan bagi erti: perang.

Perkataan jihad ini ialah kata kerja ertinya berkuasa.
Ringkasnya; jihad bermaksud memerah tenaga dalam menghadapi musuh, melawan syaitan dan melawan nafsu diri sendiri.
Ketiga-tiga  jenis ini terangkum dalam firman Allah s.w.t.:

"Dan berjihadlah kepada Allah sebenar-benar jihad.
Berjihadlah dengan harta dan diri kamu  ke jalan Allah.
Sesungguhnya orang yang beriman dan orang yang berhijrah, dan orang yang berjihad dengan harta dan diri mereka ke jalan Allah.”

 Agama Islam mensyariatkan jihad dalam tiga keadaan:

1. Apabila bertempur dua angkatan tentera.
2. Apabila orang kafir memerangi suatu negeri, maka menjadi kewajipan
negeri itu memerangi, melawan dan menghalau mereka dari buminya.
3. Apabila pemerintah membenci suatu bangsa maka wajiblah rakyat
bersama-samanya tanpa meminta alasan.

Pengalaman telah membuktikan bahawa perang itu perkara biasa bagi masyarakat manusia kerana ingin mempertahankan hidup atau kerana bertentangan kepentingan cita-cita, bahkan menjadi perkara biasa bagi setengah binatang-binatang serangga yang tabiatnya hidup bekerjasama dan bermasyarakat; seperti semut yang sentiasa menyerang, menguasai dan menghambakan golongan yang lain untuk berkhidmat dan memberi kemudahan hidup baginya.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa bangsa Eropah adalah golongan manusia yang paling kasar dan ganas dalam peperangan sepanjang zaman, bermula dari zaman primitif, zaman berhala, zaman perang salib, hinggalah ke zaman moden yang bertunjangkan kebendaan pada hari ini.

Ahli falsafah mereka ada yang berpendapat bahawa kepentingan perang itu lebih besar daripada kerosakannya. Sehingga sekarang ini kebanyakan negara Barat membelanjakan peruntukan negara lebih banyak kepada persediaan perang daripada kepentingan negara dan bangsa, yang selainnya mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyatnya, apabila rakyat tidak mampu membayar maka dianggap sebagai hutang.

Antara ajaran Islam ialah: mengharamkan perang, kerana;

1. Yang bertujuan memaksa orang lain memeluk agama Islam, atau
2. Kerana hendak menguasai dan memperhambakan yang lain, atau
3.  Kerana hendak merampas kekayaan sesuatu bangsa, atau/dan
4.  Kerana hendak memuaskan nafsu syahwat.

Agama Islam juga mengharamkan orang melakukan keganasan dalam perang, seperti menyeksa musuh, membunuh orang yang tidak terlibat dalam peperangan, seperti menyeksa perempuan, kanak-kanak kecil, orang-orang tua dan merosak atau membakar benda-benda yang tidak perlu dirosakkan.

Namun begitu orang Eropah masih juga mendakwa:

"Agama Islam berkembang dengan cepat kerana pedang. Orang Islam membuka negara asing, Al-Quran di sebelah tangan dan pedang disebelah tangan yang lain.”

Dakwaan ini tidak benar. Orang Islam tidak menggunakan pedang melainkan kerana mempertahankan diri mereka, mempertahankan maruah mereka  dan mempertahankan serangan musuh. Pembukaan negara asing itu adalah dengan perkembangan dakwah Islam.

Semua ulama fekah berpendapat bahawa peperangan kerana mempertahankan kemaraan musuh atau menentang pencerobohan agama dan negara adalah fardu ain. Apabila sesebuah negara Islam dirampas maka wajib bagi setiap orang Islam bersedia merampas kembali, walaupun terpaksa mengadai jiwa raga dan harta benda hingga berjaya. Apabila pemerintah mengisytiharkan perang, maka wajib bagi setiap orang mematuhinya.

Ulama fekah menamakan negeri yang dibuka oleh orang Islam, sebagai negara Islam dan bukan negara perang. Setiap orang Islam di situ wajib mempertahankan diri dari serangan musuh.

No comments:

Post a Comment