UMAT TERBAIK
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"Adalah kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk menusia supaya kamu menyuruh kepada kebaikan (makruh) dan melarang daripada kemungkaran serta beriman kepada ALLAH S.W.T." (Ali- Imran:ayat 11)
RASULULLAH S.A.W CONTOH TERBAIK
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang terbaik". (Surah Al-Ahzab: ayat 21)
KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.". (Surah Al-Rum: ayat 21)
AKHLAQ SUAMI ISTERI
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"Pergaulilah isteri dengan sebaik-baiknya. Jika kamu benci terhadap mereka maka bersabarlah kerana kemungkinan kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH S.W.T menjadikan padanya kebaikan yang banyak.". (Al-Nisa': ayat 19)
AKHLAQ SUAMI
Bersifat taqwa
Kasih sayang dan belas-kasihan
Bergaul dengan secara baik
Bertanggungjawab
Bersikap terbuka dan bertolak ansur
Mengamalkan kebijaksanaan
Musyawarah
Memberikan contoh yang baik
Rasulullah S.A.W bersabda. Maksudnya:
"Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkahlakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya."
(Riwayat At-Turmizi)
AKHLAQ ISTERI
Bersifat taqwa
Mentaati suami
Menghias diri untuk suami
Mencintai dan mengasihi suami
Memelihara kehormatan diri dan harta suami
Menjaga rahsia rumahtangga
Melaksanakan kepimpinan selaku isteri
Mendapat keizinan suami
Rasulullah S.A.W bersabda. Maksudnya:
"Sebaik-baik perempuan/isteri ialah bila engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau, dan bila engkau suruh dia mengikut perintah engkau, bila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau, dan bila engkau tiada dirumah dia menjaga dirinya dan harta engkau.". (Riwayat Al-Nasai)
PERKARA YANG PERLU DIHINDARI
Membesarkan masalah yang remeh
Mengabaikan perasaan pasangan
Tidak ambil berat hal agama
Mengabaikan sopan santun
Menghina pasangan atau keturunan
Cemburu buta
Menyakiti hati pasangan
STRATEGI MEMBINA AKHLAQ TERPUJI
Memahami matlamat kejadian diri
Menghayati tuntutan Islam
Mempertingkatkan ilmu
Menghayati kehidupan berjamaah
Mempertingkatkan ibadah
Memperbaiki kelemahan
Muhasabah diri
Menjalinkan kasih sayang
UNIT 4: PERKAHWINAN PROSEDUR
PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN
Ilmu fardhu ain dan kifayah
Fizikal/mental/spiritual
Ekonomi
Sosial (kemasyarakatan)
PEMILIHAN CALON ISTERI
Rasulullah S.A.W bersabda. Maksudnya:
Kahwinilah wanita kerana empat perkara, kerana harta,kerana keturunan, kerana kecantikan dan kerana agamanya pilihlah wanita yang beragama, nescaya akan selamat. (Muttafaqun' Alaih)
KRITERIA CALON SUAMI
Menghayati agama
Mampu memimpin keluarga
Memiliki akhlaq mulia
Berharta, keturunan yang baik dan segak
Rasulullah S.A.W. bersabda. Maksudnya:
"Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.". (At-Turmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
LARANGAN SEMASA BERTUNANG
Dilarang berdua-duaan
Dilarang menghampiri atau muqaddimah zina (pergaulan bebas)
Diharamkan hubungan kelamin sebelum aqad nikah yang sah
Rasulullah S.A.W bersabda. Maksudnya:
"Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya,maka sesungguhnya yang ketiga antara keduanya ialah syaitan melainkan mahram (atau bersama mahram)". (Riwayat Ahmad)
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Dari segi Bahasa - Himpun, kumpul dan cantun
Dari segi Istilah - Akad yang menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang diharuskan berkahwin
MATLAMAT PERKAHWINAN
Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat rahmat serta keredhaan ALLAH S.W.T mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syara'
HIKMAH PERKAHWINAN
Memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram
Memelihara kesucian keturunan
Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat
Menghubungkan silaturrahim
HUKUM PERKAHWINAN
Harus
Sunat
Wajib
Makruh
Haram
RUKUN PERKAHWINAN
Calon Suami - Pengantin Lelaki
Calon Isteri - Pengantin Perempuan
Wali
Dua Orang saksi
Sighah (Ijab dan Qabul)
SUSUNAN WALI
Bapa, datuk dan seterusnya ke atas
Saudara lelaki seibu-sebapa
Suadara lelaki sebapa
Anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
Saudara lelaki ayah seibu sebapa (Bapa Saudara)
Saudara lelaki ayah sebapa (Bapa Saudara)
Anak lelaki dari saudara lelaki seibu-sebapa
Anak lelaki dari saudara lelaki ayah sebapa dan seterusnya sampai ke bawah
Wali Hakim
HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
Nafkah
Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan meninggalkan perkara mungkar
Adil
Melayani isteri dengan makruh
Memberi perlindungan/keselamatan
NAFKAH
Makanan halal dan baik
Pakaian bersih yang menutup aurat
Tempat tinggal yang selesa
Perubatan
Firman ALLAH S.W.t. Maksudnya:
"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempit rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan ALLAH S.W.T kepadanya (sekadar yang mampu) ALLAH S.W.T tidak memberkati seseorang melainkan (orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) ALLAH S.W.T akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.". (Surah Al-Talaq : ayat 7)
HAK DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI
Tunaikan hak ALLAH S.W.T
Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan Syara'.
Melayan suami dengan ma'ruf (baik)
Menghias diri
Memelihara kehormatan diri dan harta suami
HAK DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Kasih sayang
Bekerjasama
Amanah
Istimta' dan hubungan kelamin
Menghormati pasangan dan persemendaan
Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
Perbincangan/Mesyuarat
Mendidik anak-anak
Urus rumahtangga
Hak pesaka mempesakai
Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa
Menjaga maruah suami isteri
PROSEDUR PRA PERKAHWINAN
Tiada halangan perkahwinan
Perjanjian untuk berkahwin (bertunang)
Mematuhi Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri
Hadir kursus pra perkahwinan sijil kursus yang diakui oleh Jabatan Agama Islam (sah laku untuk selama-lamanya)
Mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin (yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam berkenaan)
PIHAK-PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN PERKAHWINAN
Yang di Pertuan Agong/Sultan Melantik:
Hakim Syarie di Mahkamah Syariah
Ketua Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk
Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah - Bidangkuasa meneliti/mengesah, melulus dan mendaftarkan Nikah, Cerai dan Rujuk
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN PASANGAN DARI KARIAH/DAERAH YANG SAMA
Borang permohonan kebenaran kahwin boleh diperolehi dari Pejabat Agama Daerah yang berdekatan
Melampirkan dokumen yang berkaitan
Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar Nikah Mukim, Kariah
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI KARIAH/MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG BERLAINAN
Dapatkan borang permohonan kahwin dari negerinya
Melampirkan dokumen yang berkaitan
Mengemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar negerinya
Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar negeri tempat berkahwin
Isi borang permohonan kahwin di tempat/negeri perkahwinana itu hendaklah dilangsungkan (jika perlu)
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
Perakuan daripada Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk negeri yang berkaitan
Salinan Kad Pengenalan pemohon, wali dan saksi
Surat status bujang/dara surat pengesahan majikan
Surat perakuan cerai
Surat daftar kematian
Sijil kursus pra perkahwinan
Surat perakuan masuk Islam
Surat kedutaan berkenaan bagi warga asing
Surat akuan sumpah
Surat kebenaran daripada imigresen
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKAITAN
Surat kebenaran berkahwin di bawah umur bagi lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke bawah
Surat kebenaran berkahwin secara poligami
Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias
PERKAHWINAN YANG PERLU KEBENARAN MAHKAMAH
Poligami
Kahwin bawah umur
Menggunakan wali hakim
Janda Berhias
PERKAHWINAN YANG MEMERLUKAN WALI HAKIM
Tidak mempunyai wali nasab
Wali akrab menunaikan haji atau umrah
Wali akrab sengaja enggan
Anak tidak sah taraf
Saudara baru tiada wali nasab
Wali berjauhan dari wanita kadar 2 marhallah atau 96 kilometer
Wali ghaib (hilang) tidak dapat dikesan
Wali akrab berkahwin dengan pemohon (wanita) yang tiada wali setaraf
PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Surat kebenaran berkahwin
Isi borang pendaftaran berkahwin
Upacara akad nikah
Bacaan taklik oleh pengantin lelaki
Bayaran (fee)
Surat perakuan berkahwin dan akad nikah dikeluarkan dalam tempoh sebulan
PENDAFTARAN RUJUK
Rujuk dalam iddah
Lafaz rujuk oleh suami
Lapor dan isi borang perakuan rujuk di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk
Bayaran (fee)
Surat perakuan rujuk dikeluarkan selpeas keputusan cerai didaftarkan
KESALAHAN/PENALTI
Perkahwinan tanpa kebenaran
Memberi kenyataan palsu
Perkahwinan poligami tanpa kebenaran
Rujuk tanpa persetujuan isteri
Tidak mendaftar rujuk
Tidak mendaftarkan perkahwinan luar negara
No comments:
Post a Comment