KOMPLEKS RUMAHTANGGA
Satu situasi apabila hubungan, peranan, komunikasi, sikap nilai dan reaksi pasangan yang tidak sejajar dengan konsep perkahwinan Islam.
TANDA-TANDA KONFLIK
Berkurangan perasaan kasih dan mesra
Hilang ketenangan hidup
Mengabaikan perlaksanaan tanggungjawab
Pergaulan menjadi tidak baik
Berlaku halangan komunikasi
Tidak telus/berterus terang
Bersikap negatif
PUNCA-PUNCA KONFLIK
Tidak menghargai/menghormati pasangan
Menghadapi masalah kesihatan
Gagal mengimbangi kerjaya dan rumahtangga
Gagal memahami budaya kerja pasangan
Gangguan oleh faktor luaran yang negatif
Menghadapi masalah kewangan
Mengamal akhlak yang buruk
Perbezaan budaya
KESAN KONFLIK
Tekanan perasaan
Hubungan tidak mesra
Abai tanggungjawab
Pertengkaran
Penganiayaan
Perceraian
Kecurangan
BENTUK KONFLIK
NUSYUZ → KEDERHAKAAN DARIPADA SATU PIHAK
DARAR → PENGANIAYAAN FIZIKAL/MENTAL OLEH SATU PIHAK
SYIQAQ → KEBURUKAN DARIPADA KEDUA PIHAK
NUSYUZ
SUAMI ISTERI
Meninggal isteri
Tidak melaksanakan tanggungjawab
Melakukan kezaliman Keluar rumah tanpa izin
Tidak melaksanakan tanggungjawab
Engkar perintah suami
SYIQAQ
Bertengkar
Ungkit mengungkit
Maki hamun
Saling menyalahkan
Tiada persefahaman
Melukakan perasaan
DARAR
FIZIKAL MENTAL
Pukul/tampar
Sepak/tendang
Pijak
Cekik
Tarik/tolak
Kurung Halau
Ugut
Ungkit/maki
Berpoya-poya/berperangai keji
Menghina/mengaib
Tinggal/pulau
UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DARAR/KEGANASAN RUMAHTANGGA
A. Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Ada peruntukan penganiayaan kepada isteri
Aduan kepada Bahagian Penguatkauasa Jabatan Agama Islam
Dakwa suami di Mahkamah Syariah
Hukuman : Denda atau penjara, atau kedua-dua
Perintah tegahan (injaksi)
Tuntutan cerai/fasakh
B. Akta Keganasan Rumahtangga/Domestic Violence Act
Meliputi :
Isteri @Suami
Bekas isteri @ suami
Kanak-kanak
Orang dewasa tak berupaya
Mana-mana anggota keluarga
KEGANASAN RUMAHTANGGA
Ditakrifkan samada:
Secara sengaja @disedari meletakkan/cuba meletakkan mangsa dalam keadaan takut kecederaan fizikal
Menyebabkan kecederaan fizikal
Memaksa mangsa dengan paksa/ancaman untuk melakukan apa-apa tindakan seksual yang mangsa berhak tidak melakukan
Mengurung/menahan mangsa tanpa kerelaanya
Melakukan khianat/memusnahkan/kerosakan kepada harta benda
BIDANGKUASA AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA
Perintah perlindungan interim
Perintah perlindungan
Perintah dan kuatkuasa penangkapan
Perintah pampasan
Perintah kaunseling
C. Kanun Keseksaan (Panel code)
Dibaca bersama dengan Akta Keganasan Rumahtangga. Bidang kuasa polis:
Terima aduan
Membuat siasatan
Melakukan tangkapan
Tahan untuk siasatan
Melakukan pendakwaan di mahkamah sivil
TEKNIK PENGURUSAN KONFLIK
Mengenalpasti punca masalah
Buat perubahan sikap/tingkahlaku
Mendapat khidmat kaunseling
Ubahsuai rutin hidup
Mengatasi ikut jenis konflik
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (jika mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka". urah Al-Nisa: ayat 34)
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"Dan jika seorang perempuan bimbang (akan timbul) dari suaminya nusyuz kebencian) atau tidak melayaninya maka tiadalah salah bagi mereka berdua (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)". (Surah al-Nisa: ayat 128)
TEKNIK MENGELAKKAN KONFLIK
Kesan perubahan pasangan
Hindar buruk sangka
Tangani masalah dengan segera
Amalkan perbincangan dansifat terbuka
Bersedia membuat perubahan positif
Amalkan sikap bermaafan
Patuh hukum, undang-undang dan peraturan
Dapatkan nasihat pakar
KESAN PENGABAIAN PENGURUSAN KONFLIK
Pertengkaran
Penderaan/penganiayaan
Penderitaan/kesengsaraan
Perpisahan/Perceraian
Kesan negatif kepada anak-anak keluarga agama
No comments:
Post a Comment