Wednesday 2 February 2011

KURSUS KAHWIN


Maklumat berkaitan kursus perkahwinan yang dijalankan oleh penganjur-penganjur kursus sama ada oleh Jabatan Agama Islam atau agensi-agensi yang diberi kelulusan mengendalikan kursus perkahwinan oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri.

Manakala pemegang-pemegang tauliah kursus yang menjadi tonggak menjayakan kursus tersebut mestilah melakukan semakan dan rujukan berdasarkan kepada bahan ceramah atau silibus yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kandungan silibus kursus adalah seragam di seluruh negara.

Perbezaan kandungan kursus bergantung kepada penyampaian, kecekapan dan kebolehan penceramah dalam menyusunatur fakta cerita.

Teknik penyampaian, antonasi suara, gaya, mimik muka, bahasa badan, penampilan, keilmuan dan bakat menjadi keistimewaan kepada seseorang penceramah. Maka, olahan dan kaedah penyampaian menjadi suatu keistimewaan.


KANDUNGAN KURSUS


BAHAGIAN 1 : ASAS-ASAS PEMBINAAN INSAN

Unit 1 Aqidah
Unit 2 Ibadah
Unit 3 Akhlaq
Unit 4 Perkahwinan & Prosedur


BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN KELUARGA

Unit 1 Hubungan Dalam Keluarga
Unit 2 Pengurusan Sumber Keluarga
Unit 3 Pengurusan Kesihatan
Unit 4 Komunikasi Suami Isteri


BAHAGIAN 3 : PENGURUSAN MASALAH DALAM KELUARGA

Unit 1 Pengurusan Tekanan/Stres
Unit 2 Pengurusan Konflik
Unit 3 Perkhidmatan Kaunseling Di Jabatan Agama Islam
Unit 4 Pengurusan Talak/Fasakh & Prosedur Penceraian


No comments:

Post a Comment