Saturday, 19 February 2011

Unit 4 - Pengurusan Talak/Fasakh Dan Prosedur Penceraian

PENGERTIAN TALAK (PERCERAIAN)

Dari segi bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan
Dari segi istilah: melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada isteri

Firman Allah S.W.T. Maksudnya:

"Talaq (yang boleh dirujuk kepada itu dhanya) dua kalil. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan)memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.". (Surah al-Baqarah; ayat 229)


HADITH TENTANG TALAQ

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya:

"Tiga perkara yang dilakukan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dianggap bersungguh-sungguh iaitu nikah, talaq dan rujuk'". (Riwayat Ahmad, Abud Daud Ibnu Majah, At-Tramizi, Al Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya:

"Seburuk-buruk yang halal kepada ALLAH S.W.T ialah talaq". (Riwayat At-Tramizi dan An Nasai')


LAFAZ TALAQ

Jenis Lafaz Talaq :

LAFAZ SARIH (NYATA)
Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya jatuh walaupun tanpa niat.

Contohnya: "Saya ceraikan kamu" atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3"

LAFAZ KINAYAH (SINDIRAN)
Lafaz yang boleh jadi bermaksud talak dan lain daripadanya, talak tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.
Contohnya: "Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu" atau"Saya bebaskan kamu"


CERAI TAKLIK

Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara
Contohnya: "Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq"
"Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamu maka jatuhlah talaq"
"Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu"


TALAQ KHULU'

Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan pihak isteri
Contohnya: "Saya ceraikan awak dengan RM 1000.00 ringgit


LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENCERAIAN

Menghayati tuntutan agama (ibadat) musyawarah
Amalkan sifat-sifat terpuji
Memahami emosi pasangan
Tunaikan hak dan tanggungjawab pasangan
Mengamalkan sikap saling bermaafan
Memberi perhatian dan penghargaan
Mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang memutuskan perkahwinan
Mengamalkan komunikasi berkesan
Memberi keutamaan kepada pasangan dan keluarga
Mewujudkan mawaddah dan rahmah


FASAKH

Pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa (Hakim) Mahkamah


SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH

Suami menghilangkan diri selama tempoh satu tahun atau lebih
Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS
Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan (rujuk enakmen negeri-negeri berkaitan)
Suami mati pucuk
Murtad
Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama satu tahun
Suami dipenjarakan selama 3 tahun
Suami menganiaya/menzalimi siteri
Suami berperangai keji
Memaksa isteri hidup secara lucah
Membuat kehidupan isteri menderita
Melupuskan harta isteri/menghalang isteri mengurus hartanya
Tidak melayan isteri dengan adil
Menghalang isteri melakukan perintah agama


IMPLIKASI FASAKH

Tidak mengurangkan bilangan talak
Pasangan tidak boleh rujuk (kecuali dengan akad perkahwinan yang baru sekalipun isteri masih dalam iddah)
Isteri wajib beriddah
Berhak mendapat tempat tinggal dalam masa iddah


LI'AN

Sumpah seorang suami bila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya

KAEDAH LI'AN

Pengurusan Li'an di dalam Mahkamah (Hakim)
Menggunakan Lafaz sumpah
Pengakuan bercakap benar
Tuduhan diulang sebanyak empat kali dan sekali sumpah
Melaknat diri sendiri jika tuduhan dusta
Isteri boleh bersumpah menafikan tuduhan sebanyak 4 kali
Kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas isteri jika tuduhan suami benar pada kali yang ke lima

LAFAZ LI'AN (SUAMI)
"Asyhadu billahi: Saya naik saksi dengan ALLAH S.W.T bahawa sesungguhnya isteri saya berzina (4 kali)
atau
Saya naik saksi sesungguhnya anak yang dikandung bukan dari benih saya (4 kali). Sesungguhnya ALLAH S.W.T melaknat saya sekiranya saya berdusta (4 kali)

LAFAZ ISTERI
"Asyhadu billahi" Saya bersaksi kepada ALLAH S.W.T saya tidak berzina (4 kali)
atau
Bahawa kandungan ini dari benih suami saya (4 kali). Bahawa suami saya berdusta dan kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas saya sekirnya suami saya bercakap benar (1 kali)

IMPLIKASI LI'AN

Suami gugur had qazaf (tidak dikenakan hukum 80 kali sebatan ke atas tuduhan tersebut)
Wajid had zina (rejam) ke atas isteri jika isteri tidak bersumpah
Pasangan bercerai selama-lamanya
Tidak boleh nasab anak kepada suami
Anak dinasabkan kepada ibu


ILA'

Sumpah seorang suami untuk tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya dalam masa melebihi 4 bulan dan hukumnya haram

LAFAZ ILA'

Terbahagikan kepada 2 :

Lafaz Sarih : Lafaz yang terang dan jelas
Contoh Lafaz: "Demi ALLAH S.W.T saya tidak akan bersetubuh dengan kamu selama lebih dari empat bulan"

Lafaz Kinayah : Lafaz yang tidak menunjukkan Ila' kecuali dengan niat
Contoh Lafaz : "Saya tidak akan sentuh kamu selama 4 bulan"


KAFFARAH ILA'

(Mengikut tertib berdasarkan surah al-Maidah: ayat 89)
Memberi makanan kepada 10 orang miskin atau
Memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau
Memerdekakan seorang hamba muslim atau
Berpuasa tiga hari

Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:

"Maka kaffarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi makanan 10 orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka kaffarahnya ialah puasa selama 3 hari." (Surah al-Maidah: ayat 89)


ZIHAR

Lafaz suami menyamakan mana-mana zahir isteri dengan anggota wanita mahram muabbad kepada suami.


KAFFARAH ZIHAR

Mengikut tertibnya
Memerdekakan seorang hamba muslim
Berpuasa dua bulan berturut-turut
Memberi makanan kepada 60 orang miskin (secupak seorang)

Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:

"Orang-orang yang menziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan perlakuan yang demikian) memperkatakan sesuatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah)sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Orang menziharkan isteri mereka, kemudian hendak menarik balik apa yang mereka ucapkan, maka wajib keatasnya memerdekakan seorang hamba sebelum kedua orang suami-isteri itu bercampur. Demikianlah diajar kepada kamu dan Allah S,.W.T maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan (hamba) maka wajib ke atasnya berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum kedua-duanya bercampur. Maka siapa yang tidak berpuasa wajib ke atasnya memberi makan kepada 60 orang miskin, demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya". (Surah al-Mujadalah: ayat 3-4)


IMPLIKASI PENCERAIAN/PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Berkabung
Iddah
Rujuk
Muta'ah
Nafkah : isteri dalam iddah dan anak
Hadhanah


IHDAD

Kewajipan berkabung oleh isteri yang kematian suaminya
Firman ALLAH S.W.T . Maksudnya:

"Dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu sedang mereka meninggalkan isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama 4 bulan 10 hari. (Surah al-Baqarah: ayat 234)


PERATURAN IHDAD

Tempoh : 4 bulan 10 hari (wajib ke atas isteri)
Tidak boleh memakai perhiasan dan bau-bauan
Tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan yang diharuskan oleh Syara'
Tidak boleh menerima pinangan

IDDAH

Tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang lain

JENIS IDDAH DAN TEMPOHNYA

KEADAAN ISTERI TEMPOH IDDAH
Masih mempunyai haid
Telah putus haid/belum putus haid
Sedang hamil
Kematian suami 3 kali suci
3 bulan
Melahirkan kandungan/keguguran
4 bulan 10 hari

RUJUK

Mengembalikan isteri yang ditalaq raj'ie kepada ikatan perkahwinan dengan lafaz tertentu


HAK/NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN

Pembiayaan keperluan hidup untuk bekas isteri oleh bekas suami dalam masa iddah meliputi tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain-lain keperluan hidup
Nafkah hanya diberikan kepada isteri yang diceraikan dengan talak raj'ie
Isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun diceraikan dengan talak ba'in.


MUTAAH

Pemberian saguhati yang diberikan oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah

Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:

"Hendaklah kamu memberikan 'Mutaah' (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) mengikut ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan ke atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan". (Surah al-Baqarah : ayat 236)


TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK SELEPAS PENCERAIAN

IBU (Hadanah) BAPA (Nafkah)

Penjagaan dan pendidikan anak-anak yang masih di bawah umur
Anak lelaki 7 tahun ke bawah
Anak perempuan 9 tahun ke bawah
Penyusuan selama 2 tahun bagi yang masih menyusu
Pembiayaan keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pelajaran dan kebajikan
Upah menyusu susu


BENTUK-BENTUK KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Kahwin tanpa kebenaran Pendaftar/Mahkamah
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah
Perceraian luar Mahkamah
Dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah
Melakukan penganiayaan terhadap isteri
Rujuk yang tidak didaftarkan
Bersekedudukan dengan bekas isteri tanpa rujuk
Enggan hidup setelah diperintahkan oleh Mahkamah
Isteri ingkar perintah
Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
Menghina Mahkamah
Perceraian yang tidak dilaporkan
Perkahwinan di luar negeri yang tidak dilaporkan Pejabat Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk

No comments:

Post a Comment