BAHAGIAN 1 : ASAS-ASAS PEMBINAAN INSAN
PENGERTIAN ISLAM
Pengertian Islam mentauhidkan ALLAH S.W.T, tunduk dan patuh kepadanya serta menunaikan semua ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dalil Pengertian Islam
Hadis Rasulullah S.A.W. Maksudnya:
"Malaikat Jibrail a.s. berkata (bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Wahai Muhammad! beritahu kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam" maka Rasulullah S.A.W menerangkan (dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadah (menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH S.W.T dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W ialah pesuruh ALLAH S.W.T dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan ramadhan, dan juga engkau mengerjakan haji ke baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Riwayat Muslim)
PENGERTIAN IMAN
Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dalil Pengertian Iman
Hadis Rasulullah S.A.W. Maksudnya:
"Berkata ia (Jibrail) "berilah tahu kepada ku tengang iman - Nabi S.A.W menerangkan (iman itu ialah) engkau beriman kepada ALLAH S.W.T malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, serta h ari akhirat dan engkau aberiman kepada takdir (yang ditentukan oleh ALLAH S.W.T) baiknya dan buruknya" (mendengarkah yang demikian ia berkata "benarlah apa yang tuan katakan itu)". (Riwayat Muslim)
PENGERTIAN IHSAN
Melakukan Ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa ALLAH S.W.T sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya. DALIL PENGERTIAN IHSAN
Hadis Rasulullah S.A.W. Maksudnya:
"Berkata ia (Jibrail) berilah tahu kepada ku tentan ihsan" Nabi S.S.W menerangkan: "(ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada ALLAH S.W.T seolah-olah engkau melihatnya sekiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa ALLAH S.W.T tetap melihat serta memerhatikan keadaan mu" (Riwayat Muslim)
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
Di antaranya:
Manusia diciptakan untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T
Manusia adalah khalifah ALLAH S.W.T
Menjadikan Islam sebagai cara hidup
ISLAM ADALAH CARA HIDUP
Iltizam dan patuh kepada hukum Islam
Hubungan baik sesama manusia
Mengiktiraf hak-hak orang lain
Bersikap sederhana
Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
Bersyukur dan bertawakkal
GANJARAN MENTAATI ALLAH S.W.T
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"bagi, mereka (syurga) dar al-salam (tempat tinggal yang aman sejahtera) disisi tuhan mereka dan dialah (ALLAH S.W.T) penolong mereka disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan". (Surah Al-An'am: ayat 127)
PERANAN AQIDAH KEPADA INSAN
Panduan dan pegangan hidup
Pengawal diri
Membentuk akhlak mulia
Ketenangan jiwa
Menghindarkan penyelewengan
Rahmat ALLAH S.W.T
Kekuatan diri
PERANAN AQIDAH DALAM RUMAHTANGGA
Benteng menghadapi masalah
Membina pergaulan baik suami isteri asas pengurusan keluarga
Sikap bertanggungjawab
Semangat berusaha
Bersyukur dan qanaah (berpada-pada)
PENYELESAIAN PERSOALAN HIDUP
Firman ALLAH S.W.T. Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada ALLAH S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) ALLAH S.W.T dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya". (Surat al-nisa; ayat 59)
PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH
Mensyirikkan/menyembahkan selain daripada ALLAH S.W.T
Mengingkari dan mempersendakan hukum ALLAH S.W.T
Mempercayai ada kuasa lain selain daripada ALLAH S.W.T boleh memberikan kesan
Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah
Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
KESAN TERBATALNYA AQIDAH
Terbatalnya ikatan perkahwinan (suami isteri)
Menghilangkan hak mempusakai
Menghilangkan hak perwakilan
Tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang Islam
Menghilangkan hak keistimewaan orang Islam
RAHMAT ALLAH S.W.T KEPADA INSAN
Firman ALLAH S.W.,T. Maksudnya:
"Dan (tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa tentulahkami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.". (Surah Al-A'raf:ayat 96)
NYATAKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH
Percaya alam ini qadim (sedia kala)
Percaya alam ini baru
Tidak mempercayai rasul dan Nabi S.A.W
Tidak percaya ada dosa dan pahala
Malas/Cuai bersembahyang
Tidak percya adanya nikmat dan seksa kubur
Tidak percaya ada syurga dan neraka
Tidak percaya Islam agama terbaik
Memakai salib
Beli loteri
Menonton filem lucah
Berzina
No comments:
Post a Comment